DAH KETUA PEMUDA MABUK LONCAT SANA SINI...PUTERI PULAK BUAT TUDUHAN....HANG TAKUG KENA SAMAN KA..???.
Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia, Shamellya Norazizi mencetuskan kontroversi selepas satu hantaran Threads miliknya yang mengaitkan Nurul Izzah Anwar dengan tuduhan liwat tular di media sosial.
Dalam tangkap layar yang dikongsi netizen, Shamellya menulis:
“So Nurul Izzah juga peliwat?”
Hantaran itu kemudian mengundang kecaman kerana membawa tuduhan serius terhadap individu yang tidak pernah didakwa atas kesalahan berkenaan.
Seorang pengguna Threads turut menegur tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai cubaan membina naratif fitnah terhadap Nurul Izzah.
Tidak lama kemudian, Shamellya memadam hantaran berkenaan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Beliau mengakui tindakannya tidak wajar dan berkata tidak mahu meneruskan perbincangan yang boleh menimbulkan tanggapan, persepsi buruk atau fitnah.
“Dengan ini, saya memohon maaf dan menarik semula thread tersebut,” tulisnya.
Shamellya turut mengakui kesalahan dan menyatakan penghargaan terhadap teguran serta nasihat yang diterimanya.
Untuk rekod, Shamellya disenaraikan sebagai Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Bila akaun biasa tersasul pun boleh jadi masalah.
Ini pula Ketua Penerangan sayap parti.
Nama jawatan pun “penerangan” — sepatutnya paling tahu beza antara serangan politik dengan tuduhan yang boleh membawa fitnah.
Nasib baik cepat padam dan minta maaf.
#unofficialinfo



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.