Ketika Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor lantang berbicara soal isu judi, rekod cabutan khas nombor ekor ketika Perikatan Nasional (PN) memegang tampuk pemerintahan pula menjadi persoalan ramai.
Ini kerana angka cabutan khas yang direkodkan ketika beberapa kerajaan mentadbir negara menunjukkan cerita yang agak berbeza daripada nada keras yang kedengaran hari ini.
Pada 2018, sebanyak 22 cabutan khas direkodkan ketika Barisan Nasional (BN) masih menerajui kerajaan.
Namun, apabila Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran, jumlah itu turun kepada 11 cabutan pada 2019, sebelum berkurang lagi kepada hanya lapan cabutan pada 2020.
Yang menarik perhatian, angka itu kembali melonjak kepada 22 cabutan pada 2021 dan 2022, ketika PN memegang tampuk pemerintahan dengan Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Maka, apabila Sanusi hari ini begitu lantang mempersoalkan isu judi, rekod 22 cabutan ketika PN memerintah tentunya mengundang satu soalan mudah, mengapa ketika itu jumlahnya boleh kembali mencecah 22 kali?
Lebih menghairankan, ketika berada di dalam kerajaan, suara Pas dalam isu tersebut tidak pula kedengaran dengan nada yang sama seperti sekarang.
Keadaan itu sekali gus menghidupkan kembali kritikan bahawa pendirian Pas dalam isu tertentu kelihatan berbeza mengikut kedudukan mereka sama ada berada di luar atau di dalam kerajaan.
Jika judi benar-benar menjadi soal prinsip, rekod 22 cabutan khas pada 2021 dan 2022 tidak seharusnya berlaku.
Malah pendirian yang dilaungkan Pas hari ini mengundang persoalan adakah mereka sekadar lantang apabila pihak yang memegang kuasa bukan lagi kelompok sendiri.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.