BUDI95: Warganet Teruja Kongsi Kuota Kembali Kepada 300 Liter

  

Pelaksanaan BUDI95 yang kembali kepada kuota 300 liter sebulan membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan memahami hasrat rakyat.

KUALA LUMPUR, 1 Sep – Seperti dijanjikan, akhirnya kuota Program Budi MADANI RON95 (Budi95) kembali kepada 300 liter sebulan berkuat kuasa hari ini, susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena amanat Hari Kebangsaan 2026 pada 30 Ogos lalu.

Dalam tempoh lapan jam sejak dikemas kini tengah malam tadi, orang ramai teruja berkongsi kegembiraan memamparkan jumlah kuota BUDI95 masing-masing, terutamanya selepas sambutan Hari Kebangsaan 2026 semalam.

Beberapa pengguna mula menyiarkan paparan aplikasi masing-masing di media sosial bagi menunjukkan perubahan kuota berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian, mereka menyifatkan ia satu perkembangan baik biarpun memahami harga minyak dunia masih tinggi sekitar AS$89 setong beberapa hari lalu.

Ada yang memuat naik tangkap layar menunjukkan jumlah kuota RON95 mereka kini kembali kepada 300 liter, selain meluahkan rasa lega dengan perubahan tersebut.

“Limit dah kembali ke 300 liter…Terima kasih PMX sebab sangat prihatin,” tulis Aiman.

“Salam 300L Geng RON95,” kata Vikness.

“Alhamdulillah. Budi Madani dah kembali 300 liter,” kata Awa Ley.

Terdahulu, program Budi95 diselaraskan sementara daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 susulan konflik di Asia Barat.

Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan mengembalikan kelayakan asas Budi95 dari 200 liter kepada 300 liter sebulan manakala lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel layak menerima Budi Diesel sehingga 400 liter sebulan.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.