KENAPA KAMU TIDAK KELUAR PN WAKTU ITU ?
AMAN MUHAMMAD
Jika PAS boleh bersekongkol dengan kerajaan yang luluskan judi, kenapa orang lain tak boleh?
BUDI95: Warganet Teruja Kongsi Kuota Kembali Kepada 300 Liter

Pelaksanaan BUDI95 yang kembali kepada kuota 300 liter sebulan membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan memahami hasrat rakyat.
KUALA LUMPUR, 1 Sep – Seperti dijanjikan, akhirnya kuota Program Budi MADANI RON95 (Budi95) kembali kepada 300 liter sebulan berkuat kuasa hari ini, susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena amanat Hari Kebangsaan 2026 pada 30 Ogos lalu.
Dalam tempoh lapan jam sejak dikemas kini tengah malam tadi, orang ramai teruja berkongsi kegembiraan memamparkan jumlah kuota BUDI95 masing-masing, terutamanya selepas sambutan Hari Kebangsaan 2026 semalam.
Beberapa pengguna mula menyiarkan paparan aplikasi masing-masing di media sosial bagi menunjukkan perubahan kuota berkenaan.
Berdasarkan pemerhatian, mereka menyifatkan ia satu perkembangan baik biarpun memahami harga minyak dunia masih tinggi sekitar AS$89 setong beberapa hari lalu.
Ada yang memuat naik tangkap layar menunjukkan jumlah kuota RON95 mereka kini kembali kepada 300 liter, selain meluahkan rasa lega dengan perubahan tersebut.
“Limit dah kembali ke 300 liter…Terima kasih PMX sebab sangat prihatin,” tulis Aiman.
“Salam 300L Geng RON95,” kata Vikness.
“Alhamdulillah. Budi Madani dah kembali 300 liter,” kata Awa Ley.
Terdahulu, program Budi95 diselaraskan sementara daripada 300 liter sebulan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026 susulan konflik di Asia Barat.
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan mengembalikan kelayakan asas Budi95 dari 200 liter kepada 300 liter sebulan manakala lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel layak menerima Budi Diesel sehingga 400 liter sebulan.
KEH KEH KEH....APA YANG DIKATA WALAUN PARTI JALANG NI PUNYA JAHAT
NAJIB Bakar
Teruk betul triggered bendera Bangladesh kepada pengikut fanatik PAS.
Habis keluar segala macam jenis komen kat aku sampai anak aku pun terkena sekali.
Adakah aku terkejut?
Tak pun, dah biasa.
Tiga tahun lepas masa musim cuti 31 Ogos, ada pentaksub politik nak sembelih orang.
Lepas tu dia nafi, dia kata nak sembelih tu maksudnya naikkan harga mahal.
Setahu aku, tu katok, bukan sembelih.
Main dengan set ni, segalanya boleh.
Lepas PRU16 nanti bila depa dah ada di Putrajaya, macam-macam perangai la kita boleh saksikan.
😂
KEH KEH KIOK...
Kamal Hero Malaya
Yang ni pelem tak siap siap. Pengarah tak reti buat kojer. Last last pengarahnya jadi pelakon. Dia lah pengarah, dia lah pelakon.
SEJARAH JMF
"JMF BERBARIS DI PUTRAJAYA, KENAPA JOHOR BOLEH ADA ASKAR SENDIRI?"
"Pasal apa dalam sebuah negara, ada negeri yang boleh simpan askar sendiri?" Soalan ini ligat berlegar di media sosial sebaik sahaja kontinjen Johor Military Force melangkah masuk membelah Dataran Putrajaya.
Pasukan yang segak berarak ini bukanlah unit di bawah Tentera Darat Malaysia dan bukan juga sebahagian daripada pasukan polis kita. Mereka secara rasminya dikenali sebagai Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau ringkasnya dipanggil JMF.
Pagi itu sahaja, empat pegawai bersama 98 anggota lain-lain pangkat JMF turun menyertai perbarisan Hari Kebangsaan ke-69.
Pergerakan mereka diiringi pula dari arah belakang oleh deretan motosikal, kenderaan serba rupa bumi, trak pikap Toyota Hilux, berserta dua buah kenderaan perisai taktikal "Ribat" buatan tempatan yang nampak cukup garang.
Kalau kita hendak faham macam mana Johor boleh memiliki sebuah pasukan tentera seperti ini, kita sebenarnya perlu undur masa jauh ke belakang pada zaman ketika Persekutuan Tanah Melayu pun belum wujud lagi di atas peta.
Sejarahnya bermula pada 11 Disember 1885 apabila Johor duduk semeja menandatangani Perjanjian Setia bersama pihak British, sebuah dokumen yang mengatur terma hubungan dan kerjasama keselamatan antara kedua-dua belah pihak.
Rentetan daripada perjanjian itu pada tahun 1886, Sultan Abu Bakar menubuhkan sebuah pasukan keselamatan bersenjata yang kemudiannya dipanggil Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Pada peringkat awalnya, kekuatan pasukan ini cuma bersandarkan kepada 60 orang pemuda Melayu yang dipilih penuh teliti daripada kalangan mereka yang rapat dengan pihak istana.
Merekalah yang memikul tanggungjawab untuk mengawal keselamatan istana, membantu mengekalkan keamanan tempatan, dan turut menyokong tugas harian pasukan polis.
Apabila negeri Johor semakin berkembang, saiz pasukan itu turut diperbesar secara berperingkat sehingga ia mampu membentuk unit infantri, barisan artileri, dan juga pasukan pancaragamnya sendiri.
Melangkah masuk ke awal abad ke-20, nama Inggeris "Johore Military Forces" mula digunakan secara meluas untuk membezakannya daripada sebuah lagi pasukan iaitu Johor Volunteer Forces.
Kemudian pada tahun 1915, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar telah menggubal Enakmen Johore Military Forces yang menjadi panduan rasmi untuk mengatur segala urusan pengambilan anggota, tatacara disiplin, pemakaian seragam, skim pencen, sehinggalah kepada kelancaran perjalanan perkhidmatan mereka.
Jadi kita kena faham yang JMF ini bukanlah satu keistimewaan baharu yang tiba-tiba jatuh dari langit dan diberikan kepada Johor selepas gagasan Malaysia dibentuk.
Usianya jauh lebih tua daripada Rejimen Askar Melayu yang hanya bermula sebagai sebuah kompeni percubaan pada tahun 1933.
Ketika seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu sedang bersorak menyambut kemerdekaan pada tahun 1957, pasukan tentera negeri ini rupa-rupanya sudah berkhidmat dalam senyap selama lebih daripada tujuh dekad.
Keadaan bagaimanapun mula berubah selepas tamatnya Perang Dunia Kedua apabila kekuatan anggota JMF terpaksa dikecilkan. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mula dibentuk pada tahun 1948, pasukan itu bernasib baik kerana ia berjaya dikekalkan dengan kapasiti 128 orang anggota.
Ia dapat diselamatkan selepas Almarhum Sultan Ibrahim dengan tegas membantah cadangan pihak luar yang mahu menukar nama pasukan itu kepada "Sultan's Own Bodyguards".
Berbalik kepada zaman sekarang, pasti ada yang tertanya-tanya sama ada negeri lain boleh tiba-tiba bangun esok pagi dan menubuhkan tentera mereka sendiri atau tidak. Jawapannya adalah tidak.
Secara perundangannya, segala hal berkaitan pertahanan dan angkatan tentera tertakluk ketat di bawah bidang kuasa Senarai Persekutuan. Kes negeri Johor ini sangat berbeza kerana JMF sudah lama berdiri sah di bawah undang-undang mereka sendiri jauh sebelum kita merdeka.
Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan pula memang membenarkan mana-mana undang-undang sedia ada untuk terus berkuat kuasa selagi ia tidak dipinda atau dimansuhkan oleh pihak yang berkuasa.
Sejarah juga mencatatkan yang cubaan rasmi untuk membubarkan JMF sebenarnya pernah dibuat oleh pihak kerajaan.
Rang Undang-Undang Johore Military Forces (Pembubaran dan Pemansuhan) pernah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat pada tahun 1994 sebelum ia akhirnya terpaksa ditarik balik. Enakmen lama itu kekal utuh dan JMF terus hidup bernafas sehingga ke hari ini.
Cuma orang ramai janganlah pula terlampau berimaginasi membayangkan Johor mempunyai kementerian pertahanannya sendiri atau menganggap JMF sedang cuba bersaing pengaruh dengan Angkatan Tentera Malaysia.
Fungsi rasmi mereka pada hari ini lebih tertumpu kepada urusan istiadat diraja, menjaga keselamatan Sultan Johor, mengawal keluarga dan tetamu diraja, mengetatkan kawalan keselamatan kawasan istana, serta menyediakan khidmat sokongan bagi apa jua kegiatan rasmi pihak istana.
Nama "Timbalan" itu sendiri sudah cukup untuk menjelaskan di mana kedudukan sebenar mereka. Sultan Ibrahim sendiri pernah bertitah dengan jelas bahawa JMF berfungsi sebagai barisan pertahanan kedua dan bukannya bertindak sebagai pengganti kepada pasukan ATM.
Pasukan berseragam ini tidak lahir secara tiba-tiba di Putrajaya pada pagi 31 Ogos kelmarin. Mereka sudah melalui satu perjalanan sejarah yang cukup panjang dan berliku selama 140 tahun.
Dataran Putrajaya itu cuma menjadi pentas yang akhirnya membuatkan ramai rakyat Malaysia tersedar dan mula bertanya sesama sendiri tentang sejak bila pula negeri Johor ini ada askar mereka sendiri.
Kalau kemunculan JMF membuatkan kita tertanya-tanya sejak bila Johor begitu rapat dengan dunia ketenteraan, jawapannya sebenarnya bermula jauh lebih awal daripada tahun 1886. Buku “Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Johor” membawa kita menyusuri kebangkitan Johor selepas kejatuhan Melaka, termasuk bagaimana strategi perangnya membantu mengusir Portugis dari kota yang pernah dirampas. Dapatkan naskhahnya di Shopee melalui pautan https://s.shopee.com.my/7KwcnHbP60
KALAU AKU JADI KDN .AKU TANGKAP DAH MUALAF NI...HADSUT KA PERSEPSI BUROK UNTUK ORANG RAMAI. KO TAK PERNAH DOK DALAM LAGI KAN.?.
Norman Daud
Lain kali tabayyun dulu sebelum tibaihayun.
Untuk pengetahuan Firdaus Wong Wai Hung.
Kali terakhir Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menghadiri sambutan hari kemerdekaan sebagai jemputan VIP adalah ketika beliau masih memegang jawatan PM pada 2019. Dah PM memang lah kena hadirkan.
Selepas tu beliau tidak pernah hadir sebagai jemputan tetamu kehormat.
Cuma pada 2024 beliau hadir secara mengejut ke Dataran Putrajaya secara santai untuk menyertai orang ramai menyaksikan perarakan dan perbarisan kemerdekaan.
Saya tak faham kenapa isu ini mesti dibesar besarkan seolah olah cuba mengambarkan yang kerajaan pimpinan DS Anwar Ibrahim sebagai jahat dan zalim.
Dalam agama kita juga disarankan supaya menyemak dahulu apa apa berita yang kita terima.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Hujurat ayat 6:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya..."
Jadi sebelum kita tibai orang, tabayyun dulu.
Benda basic dalam agama jek ni pun.
ALAH ZAMAN DIA JADI PM BANYAK JA KENA TAHAN. ISA.
TUN M DIHINA ATAU KITA YANG SALAH FAHAM? JANGAN BINA PERSEPSI
Jangan terlalu cepat membuat persepsi. Pada usia 101 tahun, kita harus memahami kemampuan fizikal Tun Dr Mahathir.
Beliau sendiri sedar keadaannya dan hanya “singgah” sekitar 15 minit, katanya sekadar melepas rindu dan meraikan sambutan kemerdekaan.
Kalau kita sendiri berada pada usia sedemikian, sanggupkah duduk di atas pentas 2–3 jam dengan pelbagai protokol?
Lebih penting, isu ini bukan soal PMX sengaja tidak menghormati atau meminggirkan Tun M. Amalan jemputan bekas Perdana Menteri yang tidak lagi dibuat secara automatik sudah bermula sejak 2018, iaitu ketika Tun M sendiri menjadi Perdana Menteri.
Bekas Perdana Menteri tetap tidak dihalang untuk hadir dan kehadiran boleh diuruskan melalui tatacara serta pengurusan jemputan rasmi.
Jadi, jangan setiap perkara dijadikan modal politik.
Semak kronologi, fahami keadaan sebenar, kemudian barulah membuat kesimpulan.
Jangan bina persepsi dan jangan menanam kebencian terhadap PMX atas sesuatu yang sebenarnya sudah menjadi amalan sejak 2018.
IBNU ALI
TEAM PELAQ...DEPA KATA. BUKAN AKU KATA.
Aman Muhammad
Team MB Kedah
MB Kedah
- Kalah saman RM120,000
Ex-Setpol MB Kedah
- Rasuah REE
Setpol MB Kedah
- Minta maaf kerana memfitnah Adun DAP
Set Akhbar
- Minta maaf kerana memfitnah Adun DAP
Jujurlah wahai umat Islam, takkan nak undi lagi puak pelaq macam ni?
MAKLUM BUAT SEMUA RAKYAT.
De De
Dia dah maklum pada kerajaan yg dia nak pergi bercuti untuk rehat diluar negara Dari 28-31 ogos, so kerajaan nak jemput utk apa lagi.. dia siap mohon kerajaan madani utk sediakan kemudahan utk dia bercuti diluar negara lagi n kerajaan madani dh pun luluskan permohonan beliau.
DAH TAHU DIA KAKI MAKI...MAKI BALIK JA.
Siri ceramah Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, terus mencetuskan kontroversi dan menimbulkan kemarahan pelbagai lapisan masyarakat.
Penggunaan bahasa kasar dan ucapan berunsur provokasi disifatkan tidak mencerminkan wibawa seorang pemimpin negeri.
Pemimpin politik menyifatkan retorik beliau merosakkan budaya politik matang. "Seorang Menteri Besar sepatutnya menyatukan, bukan menghina," tegas seorang tokoh politik pembangkang tempatan.
Organisasi masyarakat sivil turut mendesak agar keharmonian awam dipelihara. Menurut wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), keceluparan sebegini merendahkan standard moral dan nilai kepimpinan negara.
Di media sosial, netizen meluahkan rasa tidak puas hati. "Buka mulut jer maki orang. Ini MB ke Kepala Samseng?" tulis seorang pengguna, manakala yang lain menuntut pemimpin memberi fokus kepada isu ekonomi berbanding polemik yang memecahbelahkan rakyat.
Bolehkah ‘kerajaan perpaduan’ bertahan?
Selepas Sabah dan Johor, dua kisah yang bersaing sedang berebut untuk mengawal naratif sebelum pilihan raya umum akan datang.
Pilihan raya negeri Johor pada 11 Julai mencetuskan perdebatan baharu mengenai dua cerita yang berbeza tentang ‘kerajaan perpaduan’ Malaysia.
Barisan Nasional memenangi 48 atau lebih 85% daripada 56 kerusi yang dipertandingkan di Johor. PKR pimpinan Anwar Ibrahim bertanding di 20 kerusi negeri dan hanya memenangi satu, Puteri Wangsa.
Perlu diingatkan bahawa corak serupa berlaku di Sabah. Dalam pilihan raya negeri Sabah yang diadakan pada November 2025, parti-parti yang berpangkalan di semenanjung hampir semua tewas. DAP bertanding lapan kerusi dan tidak memenangi hatta satu pun. PKR bertanding 12 kerusi dan hanya memenangi satu.
Loceng penggera sewajarnya telah dibunyikan dalam Pakatan Harapan, gabungan yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah.
Dua pilihan raya, satu amaran
Ramai yang bertanya sama ada apa yang berlaku di Sabah, dan kini Johor, adalah petanda perkara yang akan terjadi.
Pilihan raya umum dijangka berlaku menjelang 2027, dan mungkin boleh diadakan menjelang akhir 2026. Pemerhati politik sedang memerhatikan dengan teliti keputusan pilihan raya negeri Negeri Sembilan pada 1 Ogos.
Dua naratif telah muncul daripada perdebatan ini.
Hujah untuk kesabaran
Naratif pertama berpendapat bahawa kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan, yang dibentuk selepas pilihan raya umum 2022, harus diberi ruang untuk mentadbir dengan gangguan yang minimum. Penyokongnya mengatakan bahawa kerajaan memerlukan masa untuk melaksanakan pembaharuan yang bermakna.
Mereka yang menyokong pandangan ini menggambarkan diri mereka sebagai pragmatik. Mereka menerima kenyataan bahawa percaturan politik dan kompromi adalah perlu untuk mengelakkan kerajaan perpaduan daripada runtuh. Mereka menyuarakan hujah oleh Anwar bahawa pembaharuan tulen memerlukan masa dan memerlukan konsensus antara semua pihak berkepentingan.
Pada tahun 2022, PKR dan Umno bertarung antara satu sama lain di banyak kerusi. Begitu juga DAP menentang MCA dan MIC, dan Amanah menentang Umno.
Namun dalam membentuk kerajaan perpaduan, BN dan PH bersatu – rakan kongsi yang tidak disangka-sangka. DAP dan Umno telah selama beberapa dekad menjadi musuh ketat. Kini ahli mereka duduk dalam kabinet yang sama, di bawah kepimpinan Anwar.
Seruan Anwar adalah agar parti-parti ini mengetepikan dendam lama dan bekerjasama. Wajar diberi pujian, kerajaan persekutuan telah mengekalkan kestabilan asas selama tiga tahun setengah, dan hubungan antara kementerian secara amnya kekal teguh.
Prinsip panduan yang sepatutnya dipegang ialah kesejahteraan rakyat biasa. Selepas lebih tiga tahun memegang jawatan, bolehkah kerajaan perpaduan mendakwa ia telah berusaha secara konsisten ke arah matlamat tersebut?
Bagi kebanyakan orang di negara ini, jawapan yang jujur adalah tidak. Politik etnik dan agama masih mendominasi, dan perdebatan di sekelilingnya terus memecahbelahkan negara dan bukannya menyatukannya.
Pada 23 Julai, ucapan kempen oleh Menteri Besar Kedah Sanusi Nor dari Pas mencetuskan kontroversi seterusnya. Beliau berhujah bahawa orang Cina mempunyai negara China dan orang India mempunyai negara India, tetapi orang Melayu hanya mempunyai Malaysia.
Keretakan di peringkat negeri
Kerjasama peringkat persekutuan adalah satu hal. Di peringkat negeri pula, hubungan antara rakan kongsi kerajaan perpaduan sering tegang, dan kadangkala secara terbuka bermusuhan.
Onn Hafiz Ghazi, pengerusi BN Johor dan menteri besar yang dipilih semula, berkempen secara lantang menentang DAP dalam pilihan raya negeri baru-baru ini. Beliau menimbulkan kekecohan apabila beliau berkata beliau lebih suka tidak menjadi menteri besar daripada duduk semeja dengan DAP dalam kerajaan negeri.
DAP membalas, menuduhnya seorang yang sombong dan eksklusif. Pengundi atas pagar yang tidak pasti untuk memilih DAP mungkin telah ditolak ke arah parti itu melalui kenyataannya.
Namun keputusannya menceritakan kisah yang berbeza. DAP hanya mengekalkan enam kerusi, turun daripada 10 pada tahun 2022. MCA kembali bangkit, memenangi lapan.
DAP dan Umno bukanlah satu-satunya pasangan yang mengalami pergeseran. PKR dan Umno, serta DAP dan MCA, semuanya mempunyai sejarah ketidakpercayaan mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, penyokong kerajaan perpaduan berpendapat alternatif yang ada lebih buruk. Mereka menggesa pengkritik untuk melihat gambaran yang lebih besar.
Pengulas politik Tajuddin Rasdi, penyokong kuat kerajaan perpaduan, percaya parti-parti progresif seperti parti sosialis PSM, Muda dan Bersama berisiko memecahbelahkan undi PH. Beliau berpendapat, perkara itu akan memberi kelebihan kepada Pas, Umno dan mungkin Bersatu.
Dalam catatan media sosialnya baru-baru ini, beliau memberi amaran bahawa jika parti-parti etnik Melayu dan berasaskan Islam mencapai pakatan untuk pilihan raya umum akan datang, negara ini boleh berakhir dengan kerajaan yang lebih konservatif. Formula ramalannya: BN mendahului secara persekutuan dengan perdana menteri dari BN, manakala Perikatan Nasional, melalui Pas, menguasai pantai utara dan timur semenanjung.
Pengulas Charles Chia mempunyai pandangan yang serupa. Beliau berhujah bahawa Pas dan Umno tidak semestinya memerlukan pakatan rasmi – hanya persefahaman untuk tidak bertanding antara satu sama lain. Di bawah pengaturan ini, Pas mengekalkan lebih 40 kerusinya, manakala Umno menumpukan pada kerusi yang kini dipegang oleh PKR, Bersatu dan Amanah.
Chia menimbulkan persoalan yang sama kepada parti-parti yang berfikiran reformasi: bolehkah PKR, Bersama, Muda, DAP dan PSM mencari jalan untuk berhenti bersaing untuk merebut pengundi yang sama?
Hujah untuk perubahan
Naratif kedua adalah lebih terus-terang: cukuplah. Hampir empat tahun dalam pemerintahan, pengkritik mengatakan kerajaan perpaduan tidak banyak menunjukkan pembaharuan sosial, ekonomi dan politik yang dijanjikan.
Kebanyakan kritikan jatuh kepada parti-parti PH – DAP, PKR dan Amanah – yang berkempen keras menentang rasuah, kronisme dan tadbir urus yang lemah semasa menjadi pembangkang. Ketika berkuasa, rekod mereka kelihatan kurang mengagumkan.
Ramai orang pada mulanya sanggup memberi masa kepada kerajaan untuk menyesuaikan diri. Setahun kemudian, mereka menjangkakan kerajaan Madani akan mula melaksanakan pembaharuan yang telah dijanjikan. Pembaharuan tersebut agak lambat untuk dicapai, dan beberapa keputusan malah kelihatan seperti langkah ke belakang.
Usaha Anwar untuk menarik pengundi Melayu-Islam kadangkala merugikan keyakinan bukan Islam dan etnik minoriti. Dalam bajet persekutuan yang lalu, Jakim, jabatan yang bertanggungjawab untuk pembangunan Islam, menerima RM2.6bn, berbanding hanya RM50j untuk rumah ibadat bukan Islam.
Saiz jurang itu tidak semestinya menjadi isu. Persoalan sebenar ialah sama ada program Jakim menyatukan orang yang berbeza agama atau hanya meluaskan jurang antara mereka.
Satu tanda awal kompromi politik datang dengan pelantikan presiden Umno Zahid Hamidi sebagai Timbalan PM, apabila ‘kerajaan perpaduan’ dibentuk. Pada masa itu, Zahid dijadualkan perlu membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram dalam perbicaraan Yayasan Akalbudi, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Menjelang September 2023, kurang daripada 10 bulan selepas kerajaan perpaduan memegang jawatan, Zahid telah diberikan pelepasan tanpa pembebasan atas alasan teknikal, sekali gus menarik balik kemungkinan pendakwaan serta-merta.
Hakim Collin Sequerah, yang mempengerusikan kes itu, menyatakan pada masa itu bahawa menghentikan prosiding pada peringkat itu merupakan “satu pembaziran masa kehakiman dan wang pembayar cukai yang besar”.
Pada Januari 2026, Jabatan Peguam Negara mengumumkan bahawa ia tidak akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap kes tersebut, dan secara efektifnya menutupnya. Jabatan tersebut memberikan alasan, dengan merujuk kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selanjutnya.
Tetapi pengkritik mengatakan penjelasan itu gagal menjawab mengapa penemuan Mahkamah Tinggi sebelum ini mengenai kes prima facie itu tidak lagi terpakai. Permohonan berasingan oleh Zahid untuk pembebasan penuh dari segi undang-undang masih berlangsung di mahkamah.
Orang ramai boleh dimaafkan jika bertanya sama ada keadaan akan lebih berbeza jika Zahid bukan Timbalan PM.
Janji kerajaan perpaduan untuk memerangi rasuah ‘tanpa rasa takut atau pilih kasih’ juga telah hilang kredibiliti kerana penguatkuasaan nampaknya cenderung ke arah pendakwaan terpilih.
SPRM, di bawah Azam Baki, pada mulanya dipuji kerana berani menyiasat tokoh seperti Daim Zainuddin, Mahiaddin Yasin dan Dr Mahathir Mohamad.
Kemudian datang laporan tentang “mafia korporat” dan dakwaan bahawa SPRM mungkin telah berpakat dengan pihak tertentu untuk menekan syarikat tersenarai yang tertentu untuk menjual saham mereka. Ini menimbulkan persoalan sama ada suruhanjaya itu telah melampaui kuasanya dan sama ada Azam menyedarinya.
Persoalan-persoalan itu masih belum terjawab, dan ramai yang merasakan Azam dilindungi daripada siasatan.
Berita bahawa adiknya Nasir Baki telah memperoleh kontrak RM178j dengan Kementerian Pengangkutan melalui sebuah syarikat bernama Integriti Padu Sdn Bhd telah menimbulkan persoalan lanjut. Syarikat itu mungkin telah memenangi tender tersebut secara adil. Tetapi tanggapan orang ramai terhadapnya agak kurang elok, memandangkan Azam baru-baru menamatkan kontraknya sebagai ketua SPRM.
Anwar sendiri mengumumkan bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah kerugian hampir RM10bn akibat salah urus dan campur tangan politik. Felda ditubuhkan pada tahun 1956 untuk menempatkan semula komuniti luar bandar dan mengurangkan kemiskinan melalui penanaman kelapa sawit dan getah. Sejak itu, ia telah berkembang menjadi sebuah institusi yang luas.
Pada 29 Julai, kabinet memutuskan untuk mendeklasifikasikan laporan siasatan suruhanjaya diraja mengenai Tabung Haji. Siasatan itu bertujuan untuk menjelaskan jurang RM11bn antara aset dan liabiliti dana tersebut – sebuah dana yang ditubuhkan untuk membantu umat Islam menabung untuk haji mereka.
Apa yang terjadi, dan mengapa Anwar menunggu tiga tahun untuk mengeluarkan laporan yang telah lama siap?
Ini hanyalah beberapa contoh yang menimbulkan keraguan tentang sama ada kerajaan ‘Madani’ benar-benar menepati janji ketelusan dan akauntabiliti. Ada yang percaya pilihan raya umum akan datang memberi mesej yang jelas kepada PH: perbaiki diri, atau hadapi akibatnya.
Apa yang dimahukan Aliran
Apabila pilihan raya umum tiba, bagaimana rakyat akan mengundi?
Ada yang akan menyokong kerajaan Madani dan Anwar untuk penggal kedua.
Ada pula yang yakin defisit kepercayaan telah berkembang terlalu luas, mungkin akan beralih kepada pembangkang, atau hanya duduk di rumah.
Di Aliran, kami percaya pengundi harus meluangkan masa untuk menilai setiap calon negeri dan parlimen berdasarkan rekod prestasi mereka dan apa yang mereka tawarkan melalui manifesto mereka.
Untuk membantu dalam hal itu, kami sedang mengemas kini dan membangunkan lebih lanjut Agenda Rakyat yang kami kemukakan dalam pilihan raya umum 2022. Agenda ini memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
Kami berharap pembaca akan meluangkan masa untuk menelitinya.
Ia menyeru penjagaan kesihatan yang berpatutan untuk semua, terutamanya golongan miskin dan terpinggir.
Ia menyeru sistem pendidikan yang dibina berdasarkan pemikiran kritis.
Agenda Rakyat juga menyeru perkhidmatan sosial asas – perumahan mampu milik, kebajikan dan sokongan untuk mereka yang memerlukan.
Dan ia menyeru sebuah negara yang mengiktiraf dan meraikan kepelbagaiannya, bukannya negara yang berpecah belah oleh perkauman dan ketaksuban.
Di Malaysia, seperti di tempat lain, semuanya cukup untuk keperluan semua orang. Namun, tidak akan pernah cukup untuk ketamakan semua orang.
Henry Loh
Penyelaras bersama, surat berita Aliran
30 Julai 2026
Terjemahan oleh: Zikri Rahman
Apa yang boleh dipelajari oleh Malaysia dari ketempangan demokrasi Barat
Dari Socrates ke Trump, sejarah menunjukkan bagaimana demokrasi tertua sekalipun gagal dalam ujian yang dihadapinya.
Demokrasi adalah bentuk kerajaan pemerintahan yang paling teruk kecuali dibandingkan dengan yang lain. – Winston Churchill
Perdana Menteri Britain pada zaman perang, Winston Churchill, mungkin bukan orang pertama yang mengatakan ini. Namun, dialah yang menjadikannya terkenal. Petikan itu masih menjadi tanggapan yang agak menyedihkan tentang keadaan demokrasi hari ini.
Plato adalah salah seorang pengkritik terawal demokrasi. Beliau menganggap ia adalah bentuk kerajaan pemerintahan yang lemah. Gurunya, Socrates, telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rakyat Athens. Tuduhannya: mencemarkan dewa-dewa Yunani dan merosakkan minda anak muda.
Mahkamah menyampaikan keputusannya, 280 undi berbanding 221. Socrates dijatuhkan hukuman mati dengan meminum racun hemlok.
Boleh dikatakan peristiwa beginilah yang mendedahkan kecacatan fatal dalam demokrasi: kebergantungan pada pemerintahan majoriti.
Jawapan Plato bagi ini adalah idea ‘raja-falsafah’nya. Beliau mengajukan perkara ini dalam karya klasiknya, The Republic. Pendek kata, hanya mereka yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi harus memegang peranan penting dan menjadi penjaga negara.
Aristotle, pelajar Plato, melihat jawapannya secara berbeza. Beliau mencadangkan idea politi: satu bentuk kerajaan pemerintahan yang seimbang dibina di atas kedaulatan undang-undang. Prinsip asas demokrasi ini kekal bersama kita sehingga hari ini.
Tidak syak lagi, demokrasi, dalam pelbagai bentuknya, telah menawan semangat manusia selama berabad-abad. Ia kekal sebagai salah satu ideal politik manusia yang paling progresif.
Namun, kita tidak seharusnya lupa bahawa kedaulatan rakyat bukan sahaja idea Barat semata-mata. Tanggapan bahawa kuasa akhirnya harus menjadi milik rakyat, bukan hanya golongan pemerintah, juga berakar umbi dalam banyak tradisi Afro-Asia kuno.
Kontrak sosial
Ambil asas hikayat mitos Melayu. Ia bersandar pada idea kontrak sosial di antara pemerintah dan rakyatnya. Ini boleh dilihat sebagai satu bentuk kedaulatan rakyat, walaupun ia berat sebelah terhadap golongan pemerintah.
Sejarah Melayu ada mencatatkan perjanjian suci kesetiaan antara rakyat dan pemerintah ini. Sebagai pertukaran untuk pemerintahan yang adil dan saksama, serta untuk perlindungan, rakyat menawarkan kesetiaan mereka.
Hikayatnya menceritakan bagaimana watak mitos pemerintah, Sri Tri Buana, bersetuju untuk melindungi rakyatnya dan memastikan kemakmuran mereka. Baginda berjanji untuk tidak pernah menindas atau menghina mereka.
Sebagai balasan, Demang Lebar Daun, yang mewakili rakyat, mengikrarkan kesetiaan yang teguh untuk dirinya sendiri dan semua keturunannya. Baginda bersetuju bahawa tiada seorang pun daripada mereka akan melakukan pengkhianatan atau derhaka terhadap pemerintah.
Sumpah itu melarang pemberontakan selagi pemerintah memerintah dengan adil. Tersirat dalam perjanjian ini adalah pemahaman moral: jika seorang pemimpin memerintah secara tidak adil atau menyalahgunakan kuasanya, beliau sudah melanggar pihak lain dalam kontrak sosial.
Ini bermakna seseorang pemimpin akan kehilangan perkenan ilahi, dan bencana akan menimpa kerajaannya. Dalam erti kata lain, gagasan ini menggemakan raja-falsafah Plato, dengan satu tambahan: satu perjanjian. Ia hampir dengan idea keadilan Aristotle yang berpasak pada undang-undang.
Gagasan kontrak sosial ini kekal penting kepada pemerintahan perwakilan hari ini. Ia adalah asas demokrasi moden.
Kemerosotan demokrasi Barat
Hari ini, kita menyaksikan kemerosotan demokrasi di seluruh dunia Barat. Di sebalik kemerosotan ini terdapat kemunduran kepada nilai-nilai yang adil dan beretika. Tidak perlu pergi jauh, lihatlah populisme gasar Presiden AS Donald Trump, serta kerosakan yang telah dilakukannya terhadap norma-norma demokrasi Amerika.
Demokrasi Westminster di UK tidak menunjukkan prestasi yang lebih baik. Negara ini telah menyaksikan tujuh pertukaran perdana menteri sejak 2016.
Kira-kira 10 tahun yang lalu, ahli falsafah liberal Ronald Dworkin bertanya sama ada demokrasi masih mungkin akan berlaku di Amerika Syarikat.
Jawapannya adalah ya dengan diungkapkan secara berhati-hati. Dia menyatakannya seperti ini:
Politik Amerika berada dalam keadaan yang mengerikan. Kita tidak bersetuju, dengan keras, tentang hampir semua perkara. Kita tidak bersetuju tentang keganasan dan keselamatan, keadilan sosial, agama dalam politik, siapa yang layak menjadi hakim, dan apa itu demokrasi. Ini bukanlah perselisihan faham sivil: setiap pihak langsung tidak menghormati pihak lain. Kita bukan lagi rakan kongsi dalam pemerintahan sendiri; politik kita sebaliknya merupakan sebuah bentuk peperangan.
Dworkin berhujah bahawa jika demokrasi mestilah bertahan di AS, ia mesti menghormati hak asasi manusia dan kebebasan beragama serta bentuk kebebasan hati nurani yang lain. Ia mesti berkongsi kekayaan secara adil, supaya setiap orang mempunyai kepentingan sebenar dalam ekonomi. Yang paling penting, ia mesti menjalankan pilihan rayanya secara adil, melayan semua orang sebagai seseorang yang patut dirunding.
Dworkin memerhatikan bahawa Amerika telah gagal dalam semua perkara ini. Britain pun, katanya, tidak begitu berjaya.
Kita mungkin boleh menambah nota kaki kepada hujah Dworkin. Sedekad kemudian, demokrasi Amerika telah merosot lebih jauh. Hak asasi manusia hampir lenyap daripada dasar luar Amerika di Asia Barat.
Pengajaran untuk Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang bercita-cita tinggi, dengan segala kekurangan dan kelebihannya. Kebanyakan saintis politik yang mengkaji Malaysia menggambarkannya sebagai sebuah negara separa demokrasi atau sebuah negara autoritarian yang lembut, bukannya sebuah negara yang berfungsi sepenuhnya. Jujurnya, kebanyakan aspek demokrasi yang sedia ada masih dalam proses pembinaan.
Selepas rusuhan 13 Mei 1969, Malaysia telah mengalami pemerintahan ‘darurat’ selama 22 bulan. Sejak itu, ia telah mengadakan 12 pilihan raya umum. Kuasa telah bertukar tangan di peringkat persekutuan dan negeri, tanpa berlaku keganasan politik. Itu adalah rekod luar biasa untuk negara yang cukup rencam ini.
Terdapat pengajaran yang boleh kita pelajari daripada demokrasi Barat yang gagal, yang telah lama dianggap sebagai model untuk Selatan Global.
Seperti yang dihujahkan oleh Dworkin, hak asasi manusia dan kebebasan asasi, terutamanya kebebasan daripada penindasan, adalah asas kepada mana-mana demokrasi. Paling penting ialah untuk mengiktiraf nilai kehidupan dan mata pencarian setiap orang.
Dalam ruang waktu yang mencabar ini, ketika demokrasi goyah, kita juga mesti berwaspada terhadap rasuah yang serius, dan pembolotan kekayaan yang semberono oleh individu dan ‘mafia korporat’, dengan mengorbankan rakyat biasa.
Juga buat mereka yang bukan warganegara, berjuta-juta pekerja migran dan pelarian ekonomi yang terpaksa menjadikan negara ini sebagai rumah mereka turut berhak mendapat tempat mencari rezeki di bawah sinaran matahari Malaysia.
Kita tidak seharusnya lupa bahawa demokrasi Athens bertahan di atas sokongan golongan hamba kelas bawahan, yang membentuk satu pertiga daripada penduduknya.
Kita juga tidak seharusnya lupa bahawa demokrasi dan kemakmuran Amerika berkembang di atas sokongan berjuta-juta rakyat Afrika yang diperhambakan, yang dikerah bekerja tanpa gaji.
Mungkin pengajaran sebenar ialah: demokrasi tidak pernah selesai, dan tugas Malaysia sekarang adalah untuk terus membinanya, bukan sekadar meniru Barat yang telah berhenti melakukan perkara yang sama.
Johan Saravanamuttu
Editor bersama, surat berita Aliran
10 Ogos 2026











