TAN SRI MADINAH: TAK JUMPA “SAKAU” DALAM RCI? JADI TABUNG HAJI RUGI/ROSOT NILAI RM12.6 BILLION NI AKIBAT TANGAN SIAPA?







1. Memanglah tak jumpa istilah “SAKAU”.


“Sakau” bukan istilah audit. Tapi takda perkataan “sakau” bukan bermaksud takda kerugian, penyelewengan, rosot nilai dan masalah tadbir urus yang RCI jumpa.


Tetapi RCI menemui perkara yang jauh lebih besar untuk dijawab.


Tugas RCI adalah cari fakta, PDRM & SPRM siasat.


▪️ PDRM/JSJK: 5 kertas siasatan bawah Kanun Keseksaan, Akta TH 1995, Akta Syarikat 1965 & AMLA 2001. 127 individu dirakam keterangan.


▪️ SPRM: Siasatan antaranya bawah Seksyen 16, 17 & 18 Akta SPRM 2009. Beberapa siri tangkapan/reman telah dibuat.


Pendakwa akan dibuat dan dakwa jika cukup bukti SAKAU dilakukan, Mahkamah akan tentukan bersalah atau tidak. Kita tunggu lah.


2. RCI ni bukan kerja Kerajaan MADANI.


RCI diputuskan zaman TS Muhyiddin, Kerajaan PN yang turut disertai BN dan PAS. RCI berjalan ketika DS Ismail Sabri jadi PM. Enam Pesuruhjaya RCI dilantik dengan perkenan YDPA Al-Sultan Abdullah.


3. RCI jumpa fakta besar dalam akaun TH 2017.


Kalau piawaian MFRS digunakan sepenuhnya, TH sepatutnya RUGI RM1.4 BILION, bukan UNTUNG RM3.4 BILION seperti dilaporkan. Beza hampir RM4.8 bilion!


4. Macam mana boleh jadi begitu?


RCI rekod TH tak buat rosot nilai terhadap pelaburan dalam syarikat bersekutu, pelaburan dan pembiayaan anak syarikat serta instrumen pendapatan tetap. TH juga mengagihkan hibah 2017 tanpa mengambil kira sepenuhnya kesan rosot nilai dan kejatuhan nilai saksama.


5. Lagi pelik, 2017 polisi rosot nilai berubah 2 KALI DALAM SATU HARI!


 70% kepada 85% dan akhirnya jadi 90%. RCI merekodkan perubahan itu berkaitan usaha membolehkan pengagihan keuntungan mengikut jangkaan pendeposit.


6. Kenapa penting sangat nak nampak untung?


Sebab Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535] menetapkan syarat sebelum keuntungan boleh diagihkan. RCI berpendapat pembayaran keuntungan 2014–2017 menggunakan RAV tidak selaras dengan Seksyen 22. 


7. TS Madinah/JAN memang ada tegur, tapi;


KAN keluarkan Emphasis of Matter pada 16 Julai 2018 mengenai perubahan polisi rosot nilai yang tidak konsisten.


Tapi persoalanya: kalau dah tegur, KENAPA MASIH BAGI SIJIL AUDIT BERSIH?


RCI sendiri kemudian berpendapat KAN TIDAK SEPATUTNYA memberikan Sijil Audit Bersih. Isu tersebut sepatutnya diberi qualified opinion atau dinyatakan sebagai ketidakpatuhan.


8. Bukan satu dua pelaburan bermasalah. RCI senaraikan 14 untuk AUDIT FORENSIK.


Antaranya Al-Rawda, Putrajaya Perdana, Trurich, PT TH Indo Plantations, FGV, TH Properties, TH Marine dan lain-lain.


9. Tengok beberapa contoh yang hancurkan Tabung Haji dengan keputusan sangat tidak tepat;


▪️Al-Rawda - sekitar RM1.55 bilion upfront bagi pajakan 4 hotel.

▪️Putrajaya Perdana - pelaburan RM193.5 juta

▪️Trurich - RM364.31 juta, kemudian dirosot nilai sepenuhnya

▪️TH Marine - pelaburan RM334 juta; keseluruhan ekuiti RM198 juta telah dirosot nilai.

▪️ PT TH Indo Plantations (THIP) - pelaburan perladangan Indonesia yang turut disenaraikan RCI antara 14 pelaburan bermasalah yang perlu diaudit secara forensik. 


10. Akhirnya berapa besar kerugian?


Hansard 11 Ogos 2026 merekodkan hampir RM13 BILION kerugian daripada 14 pelaburan bermasalah dan 7 daripadanya rugi 100%. 


11. Jadi jangan pusing cerita hanya sebab takda perkataan “sakau” dalam RCI.


TH sepatutnya rugi RM1.4b tapi lapor untung RM3.4b. Rosot nilai berubah 70% kepada 85% dan akhir skali jadi 90% dalam sehari. 


14 pelaburan kena audit forensik. 7 rugi 100%. Hampir RM13b kerugian.


TS Madinah, kalau JAN dah tegur semua ini, macam mana akhirnya TH masih dapat SIJIL AUDIT BERSIH?


Nak jawab perkataan “sakau”, atau nak jawab DAPATAN RCI?


Syam Ghaz






No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.