Tentunya jumlah tenaga anggota bertambah dan gaji juga bertambah, ok, dalam tentera kita panggil apa perkara ni ?
Dalam kertas kerja MINDEF/TLDM kita panggil Implikasi Perjawatan dan Emolumen.
Orang awam panggil kos beli, dalam tentera kita panggil Whole Life Cost / Kos Kitaran Hayat (LCC).
Nak faham macam ni
Contohnya, beli 1 aset, perlu bela 10 orang kru. kita ambil aset seperti Coastal Defense - Kalau beli 1 battery KARA ATMACA, bukan setakat lori dan peluru RM369 juta tu saja.
Ekor dia panjang. Kena wujudkan perjawatan baru. Contohnya 1 battery = CO, Bateri, Troop, Detachment Radar, Detachment Teknis, Q, Pemandu, Kerani. Dalam TD/TLDM dipanggil Jadual Penubuhan / Table of Organization & Equipment (TO&E).
Emolumen - Gaji, elaun, COLA, rumah RKAT, sekolah anak, rawatan hospital, pencen sampai mati. Ini yang paling makan Belanja Mengurus (OPEX). Tapi dia bukan terus bedal sekali berjuta, tidak, ia by cycle, kitaran selama perkhidmatan.
Tail Growth / Tooth-to-Tail Ratio - Dalam NATO doctrine dipanggil Operating & Support Cost. Gigi (peluru) kecil, ekor (orang yang jaga gigi) makin panjang.
Sebab tu Panglima selalu tanya : "CAPEX ada, OPEX siapa nak tanggung ?"
Dalam ATM ada slang lama - "Kembang Biak Pasukan"
Semua nak tambah, semua nak beli - Rejimen Artileri nak tambah, Rejimen Semboyan nak tambah, PASKAL nak tambah - tapi perjawatan ATM 110k juga. Last-last kena tarik anggota dari unit lain, unit lama jadi kosong.
Sebab tu konsep Coastal Defense sekarang TLDM lebih minat mobile battery yang sama peluru dengan kapal (ATMACA) - sebab satu jenis peluru, satu jenis latihan, satu jenis juruteknik, perjawatan tak kembang banyak.
Apapun jika hendak pertahanan dipertingkatkan maka
perjawatan dan kos sara tu perlu diadakan juga 
Sekian membongak dari admin,
Begitulah yer,
Oleh Salman Al Farisy
Photo bersifat contoh sahaja
Macam biasa lebih info dalam ruangan komen di Facebook
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.