PM Anwar Arah Siasatan Segera Nahas Lori Imigresen Tanpa Kompromi

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arah siasatan nahas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pagi tadi meragut nyawa tiga sekeluarga pada 19 Ogos 2026.

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Imigresen menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung insiden tragis membabitkan lori agensi itu yang meragut tiga nyawa sekeluarga, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata, tindakan sewajarnya mesti diambil jika wujud elemen kecuaian atau pelanggaran undang-undang dalam kejadian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim arah siasatan nahas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pagi tadi meragut nyawa tiga sekeluarga pada 19 Ogos 2026.

“Salam takziah buat mereka yang terkorban dalam insiden tragis ini. Jika terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi,” katanya.

Dalam kejadian jam 1 pagi tadi, tiga sekeluarga yang juga pelajan kaki maut manakala seorang lagi cedera selepas dirempuh lori milik Jabatan Imigresen di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Mangsa terkorban ialah lelaki berusia 53 tahun serta dua anak perempuannya yang masing-masing 25 dan 12 tahun. Mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Zamzuri Mohd Isa, berkata kejadian berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 43 tahun dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur ke Chow Kit untuk mengambil orang kena tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin.

Katanya, kenderaan itu dipercayai memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah, dalam keadaan lampu ‘beacon’ dan siren diaktifkan.

Sebuah kereta jenis Proton Saga yang bergerak lurus ketika lampu hijau kemudian tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan lori berkenaan, menyebabkan lori terbabit hilang kawalan lalu merempuh empat pejalan kaki yang juga satu keluarga.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.