Bimbang melihat ramai yang terpengaruh dengan tanggapan salah bahawa ubat statin menghalang pemulihan otak selepas strok. Tindakan menghentikan ubat ini tanpa nasihat doktor boleh meningkatkan risiko serangan strok kali kedua yang boleh membawa maut.
Penjelasan lanjut daripada Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Suhazeli Abdullah:
Mitos Otak & Kolesterol: Ubat statin tidak merencatkan kolesterol otak kerana terhalang oleh Blood-Brain Barrier (BBB). Otak hasilkan kolesterolnya sendiri secara berasingan.
Tujuan Statin: Bukan sekadar turunkan kolesterol, tetapi menstabilkan plak saluran darah ( secondary prevention) agar tidak pecah semula.
Fungsi Hormon & Vitamin: Statin tidak menghentikan penghasilan kolesterol secara total—tubuh masih menghasilkan asas yang cukup untuk hormon dan Vitamin D.
Sains perubatan berasaskan bukti ( evidence-based medicine) , bukannya andaian. Jemput baca tulisan penuh Dr. di bawah untuk kefahaman yang betul. Jemput kongsi demi kesihatan insan tersayang! 👇🏻

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.