KULAI – Seorang pempengaruh antara lapan penunggang motosikal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian menutup jalan bagi tujuan berlumba di Lebuh Raya Linkedua, di sini Sabtu lalu.
Perintah reman selama empat hari itu bermula hari ini itu dikeluarkan Majistret, R. Salini bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen Seksyen 81 (1), Seksyen 81(2), Seksyen 81 (3) dan Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 45 tahun itu tiba di pekarangan Mahkamah Kulai pada pukul 8.30 pagi dengan memakai topeng muka termasuk pakaian ‘hoodie’.
Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad dilaporkan berkata, kesemua suspek ditahan pada pukul 11.45 pagi semalam oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai.
Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi 33 saat memaparkan aksi dua penunggang motosikal berlumba, selain beberapa individu lain dikesan seolah-olah menutup laluan pengguna awam di jalan berkenaan.
Kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 33, susur tol Senai Utara hingga Kilometer 31, susur Johor Premium Outlet (JPO), di sini.
Menerusi perkongsian di media sosial, rata-rata mengecam perbuatan itu yang dianggap menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.
Malah ramai yang melabel kejadian yang turut melibatkan seorang pempengaruh motor yang dah tua sebagai paling bodoh pernah dibuat.
“Sepanjang hidup aku ini benda paling bodoh aku tengok..” ujar Izhar.
“Dah tua pun bodoh. Padan muka, puas hati aku sekor-sekor kena gari..” ujar Hanif.
Sumber: kosmo

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.