TAK RASA MALU KA ??? NI SEKITAR PULAU TIKUS- “Nak hapus Melayu Islam?” DAP Penang jawab Pas dengan rekod khidmat

 


“Kalau DAP mahu menghapuskan Melayu Islam, mengapa saya membantu melestarikan syiar Islam?”

Demikian persoalan yang dikemukakan Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang, Joshua Woo Sze Zeng, ketika menjawab tuduhan Presiden Pas terhadap parti itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus itu berkata, tuduhan bahawa DAP mahu menghapuskan Melayu Islam merupakan dakwaan serius dan wajar dinilai berdasarkan rekod khidmat parti kepada masyarakat.

Menurutnya, sejak 2024, kelas Fardu Ain dan al-Quran percuma dianjurkan dua kali seminggu di Flat Menara Yayasan, memberi manfaat kepada kanak-kanak serta warga emas.

“Sebanyak 13 unit CCTV turut disumbangkan kepada masjid dan surau demi keselamatan jemaah.

“Penghawa dingin Masjid Bagan Jermal yang rosak juga diganti,” katanya dalam kenyataan.

Joshua berkata, khidmat kepada masyarakat Melayu Islam turut diteruskan menerusi bantuan yang disalurkan setiap Ramadan dan Aidilfitri kepada penduduk sekitar Pulau Tikus.

Katanya, sumbangan juga diberikan kepada program kecemerlangan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), selain komputer riba kepada anak kariah daripada keluarga yang memerlukan.

“Bagi saya, apabila seorang anak mendapat peluang belajar, masa depan seluruh keluarganya mampu berubah,” katanya.

Joshua menegaskan pendekatan itu mencerminkan prinsip DAP untuk berkhidmat kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.