Masa harga telur murah tak tahu bersyukur, masa naik terus orang PN menggelupur

 


Kenaikan harga telur yang mula menjadi bahan rungutan di media sosial bertukar menjadi medan sindiran terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Namun, netizen mengingatkan penyokong Perikatan Nasional (PN) bahawa bekalan telur pernah ‘hilang’ dari rak kedai dan pasaraya ketika pentadbiran blok itu di Putrajaya.

Penyokong pembangkang dilihat mudah lupa bahawa Malaysia pernah melalui keadaan lebih getir apabila telur bukan sekadar mahal, malah bekalan protein itu sukar diperoleh di sesetengah tempat.

Pengguna ksdzuma menulis, “Ketika 33 bulan era PN iaitu ketika Pas sebahagian kerajaan, jangankan naik, telur pun tak jumpa,” sebelum turut menyindir isu minyak masak paket yang pernah sukar diperoleh.

Untuk rekod, pada 2022, masalah bekalan telur berlaku ketika Pas masih mempunyai wakil dalam kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Seorang lagi netizen pula menyindir mereka yang kini lantang mengenai kenaikan harga dengan bertanya mengapa ketika harga lebih murah dahulu mereka tidak memberikan reaksi sama, sebelum memulangkan semula hujah bahawa segala-galanya adalah ‘takdir’.

Pengguna afafasyr4f turut mengambil nada hampir sama apabila berkata, baru sekarang ada pihak begitu bising mengenai harga telur.

Walhal, ujarnya, kerajaan semasa sudah menghampiri penghujung penggal, sambil menyindir bahawa ketika harga lebih rendah, pujian pula sukar kedengaran.

“Hampir sepenggal Anwar jadi PM, sekarang baru nampak orang bising (harga) telur mahal. Jadi, selama ni harga murah, ‘kan? Sebab tu semua senyap.

“Bersyukurlah telur masih ada, masa Pas-BN memerintah tahun 2020 hingga 2022, minyak masak harga RM 45. Telur RM 13 tapi hilang di pasaran. Minyak paket hilang. Kenyataan memang pahit tapi sediakah kita kembali ke zaman itu?” demikian antara coretan warganet.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.