Sampai mampus semua pengganas Sulu di Kampung Tanduo Lahad Datu Sabah 💥
Ops Daulat - bukan operasi tangkap biasa, tapi operasi gabungan terbesar Malaysia di Sabah sejak Konfrontasi.
Konteksnya Februari 2013, lebih 200 lelaki bersenjata yang menggelar diri Royal Security Forces of the Sultanate of Sulu and North Borneo, dipimpin Agbimuddin Kiram, mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu. Mereka tuntut Sabah sebagai wilayah Kesultanan Sulu.
Selepas sebulan rundingan gagal dan 8 anggota polis Malaysia terkorban di Tanduo dan Semporna, PM masa itu Najib Razak isytihar Ops Daulat pada 5 Mac 2013.
Apa maksud overwhelming force tu ?
1. Kekuatan digerakkan : Lebih 6,000 - 7,000 anggota ATM dan PDRM dikerah - 5 batalion infantri, komando GGK, PASKAL, PASKAU, VAT69, UTK. Bukan setakat infantri - ini gabungan 3 cabang.
2. Kuasa tembakan : TUDM guna jet F/A-18D dan Hawk 208 gugurkan bom Mk-82 di Tanduo sebelum serangan darat. Itu pertama kali serangan udara digunakan dalam negara sejak darurat. Artileri dan mortar ATM hentam kubu mereka. Bot tempur TLDM sekat laut supaya tiada bantuan masuk dan tiada yang lari ke Filipina.
3. Keputusan : Operasi dari 5 Mac hingga 24 Jun 2013. Pasukan Sulu memang dihancurkan sepenuhnya di Tanduo. Rekod rasmi :
*68 pengganas Sulu terbunuh
*173 ditangkap / menyerah diri
*Selebihnya lari dan diburu di seluruh ESSZone
Lepas itu baru kerajaan wujudkan apa yang kita ada hari ini - ESSCOM, ESSZone, 5 pos keselamatan pantai timur, dan curfew laut - untuk pastikan Tanduo tak berulang.
Memang doktrin lepas tu jelas, pencerobohan bersenjata di Sabah akan dibalas dengan kekuatan penuh, bukan operasi kecil.
Begitulah yer 😁
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.