KONGRES NASIONAL KEADILAN 2026







Telah terlabuh tirainya tengahari tadi setelah dua hari berlangsung penuh dan padat, di Melaka International Trade Centre - MITC.


Ketika tidak berjawatan dulu pun saya hadir kongres, hanya mahu bertemu muka dengan kawan-kawan lama, bertanya khabar. Apa lagilah bila saya sememangnya perwakilan!


Sebagai Setiausaha Negeri, saya datang sedikit awal, selepas tengahari Jumaat, menguruskan pendaftaran penginapan untuk perwakilan dari Negeri Pahang.


Parti sebelum ini telah menubuhkan Biro Veteran Reformasi (Reformis) yang diketuai oleh Khairul Anuar Othman dan untuk Kongres ini, Biro Veteran telah diperuntukkan satu slot perbahasan. Terima kasih kepada Saudara Khairul kerana memberi peluang kepada saya untuk bercakap bagi pihak Biro. Amat berat tanggungjawab ini, menyempurnakan amanah bagi membawa permintaan, keluhan dan rintihan orang-orang lama Parti.


Saya harap saya telah membawanya dengan sempurna, memberi kesan, memberi rasa.


Kami berkongres selepas dua kekalahan Pilihanraya Negeri dan akan bersemuka dengan Pilihanraya Negeri Melaka pula selepas ini. Saya boleh janjikan ini sahaja, Parti Keadilan Rakyat lahir sebagai sebuah parti yang susah mati!!!


Apa pun selamat berjaya buat Saudari Nurul Izzah Anwar dan selamat hari ulangtahun kelahiran (belated) buat YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim.


Sampai jumpa lagi!


Zukri Aksah 

Setiausaha Negeri Keadilan Pahang 

Timbalan Ketua Keadilan Cabang Indera Mahkota 


#reformasi28tahun #keadilan27tahun #tekadmadaniharapanrakyat #MADANIBekerja #AnwarIbrahimPM10 #neoreformia #MalaysiaMadani #KongresNasionalKeadilan2026 

Dr Wan Azizah Wan Ismail Pakatan Harapan Farhan Fauzi MyMadani Pertubuhan Generasi Keadilan Malaysia Keadilan Indera Mahkota




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.