Seorang penyokong PAS/PN di Threads tampil “flex” kelayakan akademiknya selepas mendakwa penyokong gabungan itu sering dilabel tidak berpendidikan.
Dia memperkenalkan dirinya sebagai pemegang ijazah dan sarjana dalam bidang geologi dari UKM, selain bekerja sebagai ahli geologi profesional dan memiliki firma perunding dengan lebih 15 kakitangan.
“Ada yang kata pengundi PAS/PN ni tak well educated. Jom la kita flex sekali sekala. Aku start dulu,” tulisnya.
Namun ruangan komen pantas bertukar menjadi medan sindiran apabila netizen mula mempersoalkan mengapa kepakaran seperti itu tidak digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah air di Kelantan.
Seorang pengguna memuat naik gambar air paip berwarna keruh sambil menyindir:
“Sebagai grad geologist, macam mana cara nak bagi air paip di Kelantan ni rasa macam teh tarik sikit?”
Ada juga yang meminta beliau turun membantu negeri Kelantan menyelesaikan masalah bekalan air yang sudah lama menjadi rungutan rakyat.
Netizen lain turut mempersoalkan, jika begitu ramai penyokong PAS mempunyai degree, master dan kelayakan profesional, mengapa masalah asas seperti air bersih masih belum dapat diselesaikan dengan baik.
Akhirnya, perdebatan itu bukan lagi tentang siapa lebih tinggi sijil.
Ada degree.
Ada master.
Ada firma sendiri.
Sekali netizen tanya, kenapa air Kelantan masih macam teh tarik?
#unofficialinfo

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.