Aktivis UMNO, Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid menyifatkan tindakan terhadap beberapa tokoh yang disiasat berkaitan isu Tabung Haji sebagai satu bentuk “intimidasi”, malah mengaitkannya dengan pentadbiran yang didakwanya bersifat “kuku besi”.
Noor Azizan berkata demikian selepas hadir di Istana Kehakiman Putrajaya bagi memberikan sokongan kepada bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail.
Menurutnya, tindakan membawa mereka ke mahkamah dengan memakai baju lokap SPRM dan bergari dilihat sebagai usaha untuk membuktikan naratif kononnya berlaku “sakau” dalam TH.
“Mungkin pada sesetengah orang ini merupakan kejayaan kepada Madani. Tetapi kepada sebahagian besar rakyat melihat ini merupakan satu lagi proses intimidasi ke atas musuh politik,” katanya.
Beliau kemudian mendakwa rakyat akan bangkit menentang apa yang disifatkannya sebagai “pentadbiran kuku besi dan tirani”.
Kenyataan itu menarik perhatian kerana penahanan dan permohonan reman merupakan sebahagian daripada proses siasatan, bukannya sabitan bersalah.
Siasatan belum selesai, mahkamah belum menentukan bersalah atau tidak, tetapi tindakan SPRM menyiasat individu yang dikaitkan dengan isu dibangkitkan RCI TH sudah dianggap sebagai “kuku besi”.
Dalam masa sama, individu yang disiasat tetap berhak kepada proses undang-undang yang adil dan dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.
#unofficialinfo

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.