N. Hasyudin.
Di kebelakangan ini ada beberapa laporan yang menggambarkan Iran memilih untuk menetapkan tempo Perang Iran. Ia sudah merumuskan Amerika ni bukannya boleh dibuat berunding.
Di samping itu, Iran mungkin sedar tentera Amerika sedang menghadapi masalah kekurangan bom dan misil serta moral anggota yang rendah. Malah, Iran sendiri yang menyebarkan berita masalah di atas kapal induk USS Abraham Lincoln yang nampaknya memang benar.
Imam muda Khamenei menyusung semula kepimpinan keselamatan dan tentera Iran dengan melantik pegawai-pegawai yang lebih berpengalaman dan komited kepada Revolusi Iran. Di antarnya ialah perlantikan Mohsen Rezaei ke Majlis Keselamatan Tertinggi Kebangsaan. Ini mengurangkan pengaruh Presiden Pezeshkian.
Beberapa media Israel pula melaporkan bahawa Israel terkejut dengan kadar pemulihan tentera Iran yang dibom lebih 26,000 kali di dalam perang yang lalu. Iran dianggarkan sudah mempunyai keupayaan untuk mencerobohi pertahanan udara Israel.
Di antara contoh perubahan doktrin ketenteraan ini ialah serangan ke atas 2 kapal minyak UAE pada 13 Ogos yang lalu. Ianya adalah amaran Iran bahawa Selat Hormuz adalah di bawah kawalan Iran sepenuhnya.
Ini penting kerana mesejnya akan memberi kesan ke atas harga minyak walaupun Amerika cuba memanipulasi harga di pasaran terbuka. Harga minyak yang tinggi akan mempengaruhi pengundi-pengundi yang akan mengundi di dalam pilihanraya separuh penggal Amerika bulan November ini.
Sebenarnya, pengundian awal akan bermula kebanyakannya di dalam bulan Oktober lagi walaupun ada negeri yang memulakan pengundian di dalam bulan September. Ini bermakna Trump sudah tersempit di dalam kitaran pilihanraya di Amerika.
Terdapat juga laporan berkenaan Iran dalam beberapa hari lepas menyerang sebuah hotel yang dikatakan menempatkan tentera Amerika di Irbil, Iraq. Ini menunjukkan Iran tidak lagi menunggu Amerika menyerang untuk bertindak balas.
Macam di dalam cerita kanak-kanak “The boy who cried wolf”, Trump sudah terlalu banyak mendakwa Amerika menang di dalam Perang Iran sedangkan keadaan di lapangan amat berbeza. Bekalan minyak, gas dan petrokimia dunia pun memang terjejas. Jadi lama-lama, pasaran akan mendengar Iran lebih dari Trump.
Mungkin itulah sebabnya Iran mahu bertindak mengikut kepentingan strategiknya, bukan lagi sekadar membalas serangan Amerika.
Kita tunggu apa yang Iran akan serang selepas ini.
#belajardariperang
#mindastrategik
#jalanbinaminda

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.