Alif Kadir Al Katami.
IKHLAS CAKAP LAA. Dari segi menjaga kebajikan, DSIS ni jauh lebih baik dari beberapa Menteri PH yg ana pernah jumpa setakat ini. Ini pengalaman ana sendiri. Jumpa DSIS depan-depan kat Pekan Sari Bera aje ni. Mintak tolong dia. Petang tu dia terus jemput ke rumah dia utk bincang & submit dokumen.
Selang 2 minggu, dia bagi surat menyatakan permohonan sudahpun diminitkan. Selang 2 minggu lagi, dipanggil utk penilaian. Tapi tak sempat sebab lepas tu parlimen bubar. Apapun, bab tolong orang ni DSIS memang terbaik. Rasanya pemimpin UMNO pun rata² mcm tu.
Tak mcm PH. Pernah mintak tolong kat Menteri lagi. Ada sorang Menteri tu namanya Skuba (bukan nama sebenar), 2 kali mintak, 2 kali dia berjanji depan-depan. Semua kumpau. Rupanya bukan ana aje yg kena. Kengkawan ana pun sama. Janji pun janji yg sama. Satu sen tak guna.
Kemudian 2 tahun lepas ana jumpa lak Menteri Kesihatan, nak bagi surat kawan aje. Surat nak mohon tukarkan adik dia. Dengan angkuhnya Menteri tak nak ambik pun surat tu. Alasannya sebab ana datang lambat. Padahal ana bukan jemputan VVIP pun. Datang tengah majlis & hulur surat tu ketika majlis masih berlangsung. Apa masalahnya?
Tu belum mesyuarat JKOM lagi. Dulu dalam mesyuarat siap tanya lagi ahli PKR mana? Kenapa? Masa ana mintak tolong DSIS, dia tak tanya pun ana ahli UMNO mana. Terus aje dia panggil ke rumah dia kat belakang Pejabat Tanah Bera tu. Yg memenangkan parti politik ni ialah PAP tau tak. Bukan ahli parti. Masa meeting JKOM tu tak berkelip ana kelentong Mr H. Selamba aje ana ckp yg ana ni ahli PKR Temerloh. Padan muka kena tipu.
Jadi, jgn salahkan rakyat kalau kalah nanti. Sendiri tak pandai jaga penyokong. Kami bukan mintak jongkong emas. Kami cuma minta perkara asas. Itupun tak boleh bantu kaa. Musuh bersalin kulit boleh lak. Ternak deepstate sampai buncit kekenyangan boleh lak. Tunggu laa nasib korang. Haaa...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.