FITNAH HADI AWANG DI KULIAH PAGI

 



Ahmad Husin



Saya dah lihat kenyataan terbaru Hadi Awang usai syarahan rutin pagi Jumaat di Rusila, maka apa yang saya mampu cakap disini, adalah orang ini memang tak peduli batas dosa pahala lagi dalam berpolitik.






Jahat sungguh fitnah Hadi terhadap kerajaan MADANI Anwar, beliau dakwa kerajaan kumpul orang Melayu sebanyak mungkin untuk disabit kes rasuah, manakala orang bukan Melayu pula tak didakwa kononnya.


Maka orang bernama Hadi Awang ini memang celaka, langsung dia tak rasa berdosa tabur fitnah perkauman di pagi Jumaat yang mulia.


Ya Allah, Ya Qahhar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim, dengan keberkatan Nabi Muhammad SAW Bin Abdullah Bin Syaibatul Hamd, daku mohon dikau kurnia Taufiq Hidayah buat Abdul Hadi Awang untuk lembut hati kembali bertaubat diatas kemurnian, atau jika dia terus berdegil berbuat zalim keatas masyarakat dan negara, maka dikau jua lah yang layak mengadili memberi balasan setimpal buatnya akan segala kezaliman yang dia kerjakan diatas nama agama-Mu yang mulia.


Dan aku bertawassul diatas amal ibadat ku, sama ada amalan dakwah atau amalan khidmat ibu bapaku selama aku hidup, jika ada yang molek disisi-Mu Ya Allah, aku bertawassul diatasnya memohon perkenan akan doaku ini. 


Aminn Ya Rabill Arsyil Azhim.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.