Hasil persoalan orang ramai, kenapa dan mengapa kapal-kapal coast guard dan Navy China bebas ber-navigasi di perairan Malaysia di Serawak ? kenapa tidak tembak sahaja ?
Sebenarnya Ikut undang-undang kapal-kapal China memang boleh belayar disitu (ZEE), ia bukan perairan milik negara tetapi perairan ZEE sahaja.
Kalau kapal Malaysia - sama ada TLDM atau APMM - yang tembak dulu kapal China Coast Guard (CCG) atau Navy China (PLAN) di dalam ZEE Sarawak, itu akan jadi kes paling besar dalam sejarah Malaysia moden. Walaupun dalam ZEE kita, undang-undang tetap tidak benarkan kita tembak sesuka hati.
Ini apa yang akan berlaku ikut turutan 👉
1. Dari segi undang-undang, Malaysia yang akan salah dulu. Dalam ZEE, prinsipnya Freedom of Navigation. Kapal China Coast Guard atau Navy ada hak untuk belayar di situ selagi dia tidak guna senjata atau curi hasil laut kita.
UNCLOS hanya benarkan penggunaan kekerasan jika :
- Kapal asing itu buat serangan bersenjata terhadap kita dulu (self-defense)
- Kapal asing itu engkar selepas amaran bertubi-tubi dan cuba merempuh kapal kita, masuk ke Perairan Wilayah 12 batu nautika dan enggan keluar.
Kalau kita tembak kerana dia "ada di ZEE saja" atau kerana geram, Malaysia akan dianggap sebagai pihak yang memulakan konflik bersenjata (aggressor). China pasti akan bawa kes ini ke Majlis Keselamatan PBB. Atau logiknya mereka akan balas juga, dan tahap agresif mereka akan meningkat.
2. Tindak balas ketenteraan China - sangat cepat. China Coast Guard itu bukan polis biasa. Kapal mereka ada meriam 76mm dan saiz sampai 12,000 tan - digelar "The Monster". Di belakang mereka, biasanya ada kapal Navy China (PLAN) yang sedang standby di Gugusan Spratly, jarak cuma beberapa jam dari Beting Patinggi Ali.
Kalau satu kapal CCG kena tembak : Dalam beberapa jam, 2-3 kapal perang PLAN dan pesawat pejuang dari pangkalan mereka di Fiery Cross Reef akan datang. TLDM kita akan jadi outnumbered serta-merta. TLDM ada kekuatan tapi tidak direka untuk perang satu lawan satu dengan China di Laut China Selatan. Kapal-kapal baru kita pun belum siap dan belum lengkap.
Risiko paling buruk : pertempuran laut kecil jadi perang terbuka.
3. Tindak balas ekonomi dan diplomatik - ini yang paling sakit untuk Malaysia. China adalah rakan dagang No.1 Malaysia.
Apa yang pernah jadi pada negara lain bila tembak / tahan kapal China ?
Filipina (2012 Scarborough Shoal) : Lepas konfrontasi, China sekat import pisang dan nenas Filipina, pelancong China boikot, beratus kontena sangkut di pelabuhan China.
Ekonomi : Projek ECRL, pelaburan kilang di Gebeng, Kuantan, dan pasaran sawit Malaysia - semua boleh dibekukan.
Diplomatik : China akan panggil Duta Malaysia di Beijing, dan Duta China di KL akan serah nota bantahan keras. Hubungan ASEAN-China juga akan retak, dan Malaysia akan nampak sebagai negara yang tidak stabil.
Sebab itu Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan sentiasa guna ayat "kita akan perkukuh rondaan" dan "bantahan diplomatik" - bukan "kita akan tembak".
4. Apa SOP sebenar Malaysia kalau diserang ?
Malaysia tak akan tembak dulu. SOP TLDM/APMM adalah : Amaran Radio -> Bayangi (Shadowing) -> Halang laluan (Blocking maneuver) tanpa sentuhan -> Rakam bukti video -> Hantar laporan ke Wisma Putra untuk Nota Bantahan.
Senjata hanya boleh guna untuk mempertahankan diri - contohnya kapal CCG cuba rempuh kapal kita dengan sengaja, atau dia hala meriam ke arah kita. Itupun tembakan amaran ke udara / ke air dulu, bukan terus ke badan kapal.
Pendek kata : Di dalam ZEE, hak kita adalah hak ekonomi, bukan hak untuk tembak sesiapa yang lalu. Kalau kita tembak dulu, kita hilang moral high ground di mata dunia, dan kita yang akan kena saman di mahkamah antarabangsa, bukan China.
Sebab itulah strategi Malaysia sampai sekarang ialah "Presence is power" - kita mesti sentiasa ada kapal di Beting Patinggi Ali, bina pangkalan di Bintulu, dan biarkan diplomasi yang bercakap, bukan peluru.
Bila kita sentiasa ada, kita akan kekal disitu ✅
Begitulah yer 😁
Rujukan laman-laman platform Kementerian Pertahanan dan .gov,
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.