ADA YANG TAK TAHU. KOMUNITI TIONGHU KUMPUL BINA SENDIRI. MAK BAPAK MELAYU KELAHI LAM WASSAP. DUIT KEDEKUT.

 Cp dri TT





Ramai gila ingat semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) tu dibina pakai duit Kerajaan Persekutuan. Relaks je sembang kencang kat kedai kopi. Padahal kebanyakannya tu Sekolah Bantuan Modal, bukan Sekolah Bantuan Penuh.


Sekolah Bantuan Modal ni kerajaan cuma tolong cover bayar gaji cikgu je. Tanah dan bangunan sekolah ni bukan kerajaan punya, tapi board sekolah punya. Kalau nak repair padang ke tambah bangunan ke, modal sendiri.


Diorang tahu tak boleh harap kerajaan 100% untuk sediakan pendidikan tip-top untuk anak-anak diorang. Jadi diorang literally fund sendiri pembangunan tu. Kita? Mengharap suapan je memanjang.


Bila tengok SJKC dewan besar, kelas ber-aircond, mula lah dengki. Weh, kau tanyalah diri sendiri, berapa sen yang kita ni dah sumbangkan untuk pembangunan Sekolah Kebangsaan kat Malaysia ni?


Duit PIBG RM50 pun berkira. Gila ke apa. Kat sekolah diorang, ibu bapa berhabis kumpul dana. Kat sekolah kita, PIBG mintak derma sikit pun boleh bergaduh sampai naik pejabat. Semua benda nak bising.


SJKC Eco Grandeur tu contoh paling nyata. Tak libatkan peruntukan KPM pun! Sekolah tu bawah status Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), dikelola oleh Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) diorang. Menteri pun kadang-kadang tak reti nak explain benda ni kat rakyat.


Mentaliti semua nak free.Tukarlah kerajaan BN ke, PN ke, PH ke, itu jelah yang dilalakkan.Bangunan rosak sikit, bising kat FB. "Mana KPM? Mana kerajaan?". Tapi bila sekolah ajak gotong-royong atau kutip derma sikit nak cat kelas, semua buat dekkk je.


Kita nak sekolah gah macam swasta tapi kedekut. Nak sediakan dana pembangunan sekolah sendiri untuk anak bangsa? Tak wujud wei. Yang kaya-raya tu duk beli kereta mewah je, takde nak waqaf atau sponsor dewan sekolah.


Benda basic macam status tanah pun ramai tak tahu. Orang tak tahu yang SJKC ni tanah dan bangunan milik LPS diorang sendiri. Diorang buat cantik-cantik, lepas tu baru serah kat kerajaan untuk operasi (bayar gaji cikgu).


Birokrasi nak tunggu bajet kerajaan lambat macam siput. Nak tunggu duit KPM turun nak baiki bumbung bocor entah bila kita akan dapat. Tapi kalau kumpul duit sendiri macam komuniti SJKC, kejap je settle.


Entah apalah masa depan pendidikan anak-anak kita kalau mentaliti masih mengharap 100% subsidi.


Tuhan, bukakanlah minda masyarakat kita 🤲🏻




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.