Terlepas hukuman mati, bapa sebak peluk erat tujuh anak

 


Amran (tengah) dikawal ketat polis keluar dari black maria sebaik tiba di mahkamah.
Amran (tengah) dikawal ketat polis keluar dari black maria sebaik tiba di mahkamah.

KOTA BHARU – Seorang bapa tidak dapat menahan sebak sebelum memeluk erat anak-anaknya sejurus Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar lebih 39 kilogram dadah jenis methamphetamine, lima tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Mohd Rosli Yusoff di akhir kes pendakwaan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Tertuduh, Amran Salleh, 53, yang bekerja sebagai buruh, sebelum ini berdepan dua pertuduhan mengedar 9,740.87 gram methamphetamine dan 29,626.4 gram methamphetamine, menjadikan keseluruhan rampasan sebanyak 39,367.27 gram atau kira-kira 39.37 kilogram.

Amran (tengah) tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu untuk mendengar keputusan kes.
FOTO: ADILA SHARINNI WAHID
Amran (tengah) tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu untuk mendengar keputusan kes. FOTO: ADILA SHARINNI WAHID

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 7 Jun 2021 pada jam 4.30 petang di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Jeram Perdah, Pasir Mas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dipenjara seumur hidup dan disebat minimum 15 sebatan.

Dalam penghakimannya, Mohd Rosli menjelaskan bahawa bagi mensabitkan pertuduhan di bawah Seksyen 39B, pihak pendakwaan perlu membuktikan tiga elemen utama iaitu bahan yang dirampas ialah dadah berbahaya, pemilikan serta kawalan tertuduh terhadap dadah berkenaan dan pengetahuan tertuduh mengenai kewujudan dadah tersebut.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Menurut beliau, elemen pertama berjaya dibuktikan apabila analisis mengesahkan bahan yang dirampas ialah methamphetamine.

“Mahkamah bagaimanapun mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen pemilikan dan kawalan kerana keterangan saksi menunjukkan rumah berkenaan tidak berkunci serta merupakan sebuah rumah kosong yang dijadikan lokasi transit bagi menyimpan minyak masak yang dipercayai untuk diseludup ke Thailand.

“Selain itu, mahkamah turut mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dadah yang ditemui di rumah berkenaan,” katanya.

Tertuduh, Amran Salleh, 53, yang bekerja sebagai buruh, sebelum ini berdepan dua pertuduhan mengedar 9,740.87 gram methamphetamine dan 29,626.4 gram methamphetamine, menjadikan keseluruhan rampasan sebanyak 39,367.27 gram atau kira-kira 39.37 kilogram. Foto Bernama.
Tertuduh, Amran Salleh, 53, yang bekerja sebagai buruh, sebelum ini berdepan dua pertuduhan mengedar 9,740.87 gram methamphetamine dan 29,626.4 gram methamphetamine, menjadikan keseluruhan rampasan sebanyak 39,367.27 gram atau kira-kira 39.37 kilogram. Foto Bernama.

Sehubungan itu, mahkamah memutuskan pihak pendakwaan gagal mewujudkan satu kes prima facie terhadap tertuduh dan memerintahkan dia dilepas serta dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Terdahulu, Amran yang juga bapa kepada tujuh itu segera memeluk ahli keluarga di bilik mahkamah yang hadir bersama ke prosiding terbabit selepas hampir lima tahun ditahan pada 7 Jun 2021.

Buruh Amran Salleh, 53, (kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 39,367.27 gram (g), pada Jun 2021. Foto Bernama.
Buruh Amran Salleh, 53, (kanan) dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 39,367.27 gram (g), pada Jun 2021. Foto Bernama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Nur Adila Mat Zaidan manakala tertuduh diwakili Peguam Tengku Shazuan Tengku Shariffudin dan Ahmad Nizam Mohamed.

Semasa prosiding turut didedahkan bahawa dua saksi pendakwaan yang juga anggota serbuan meninggal dunia akibat penyakit jantung dan kanser mata sebelum perbicaraan bermula.

Pemilik rumah yang menjadi lokasi rampasan juga sudah lama meninggal dunia.

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.