PRU Johor: Pakatan Harapan Tawar Agenda Pembangunan Mampan – Amirudin

 


Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada kempen Johor Ke Depan, Undi HARAPAN, di Pekan Senggarang pada 1 Julai 2026. Foto Amirudin Shari

BATU PAHAT, 2 Jul – Kehadiran Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Johor bermatlamat menawarkan agenda pembangunan yang lebih mampan dan lestari, bukannya untuk mengganggu keharmonian sedia ada di negeri itu.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Johor merupakan sebuah negeri yang mempunyai potensi besar untuk digilap, namun kaedah pentadbirannya perlu ditambah baik supaya tidak hanya tertumpu kepada daerah tertentu sahaja.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada kempen Johor Ke Depan, Undi HARAPAN, di Pekan Senggarang pada 1 Julai 2026. Foto Amirudin Shari

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, corak pembangunan di Johor ketika ini dilihat tidak sekata, memandangkan tumpuan ekonomi lebih menjurus ke daerah Johor Bahru, sekali gus mewujudkan jurang dengan daerah lain.

“Johor ini ada di bahagian lainnya di utara, timur dan barat, (jurang) pendapatan penduduk contohnya agak ketara antara Johor Bahru dan Segamat, sebab itulah kita datang untuk membawa perubahan dan seterusnya mentadbir Johor dengan baik,” katanya ketika berucap pada Johor Ke Depan, Undi HARAPAN, di Pekan Senggarang di sini, malam tadi.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada kempen Johor Ke Depan, Undi HARAPAN, di Pekan Senggarang pada 1 Julai 2026. Foto Amirudin Shari

Turut hadir Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Amirudin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata Johor mencatatkan jumlah pelaburan yang tinggi tahun lepas iaitu RM101 bilion, namun kadar penciptaan peluang pekerjaan baharu dilihat masih rendah berbanding Selangor.

“Pelaburan tahun lepas di Selangor RM83 bilion tetapi kita cipta 60,000 peluang pekerjaan baru, (manakala) di Johor lebih rendah, mungkin tidak sampai 30,000 atau 40,000 atau kurang,” katanya.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada kempen Johor Ke Depan, Undi HARAPAN, di Pekan Senggarang pada 1 Julai 2026. Foto Amirudin Shari

Sehubungan itu, Amirudin berkata sekiranya PH diberi mandat untuk mentadbir, gabungan itu akan memastikan pelaburan berimpak tinggi diselaraskan dengan sokongan kerajaan Persekutuan, melalui inisiatif seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Ini penting bagi mencipta peluang pekerjaan bergaji tinggi, supaya anak muda kita tidak lagi perlu berulang-alik ke Singapura setiap hari untuk mencari rezeki,” katanya.

Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shari hadir pada kempen Johor Ke Depan, Undi HARAPAN, di Pekan Senggarang pada 1 Julai 2026. Foto Amirudin Shari

Amirudin berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan PH kelak, akan mengamalkan strategi kepimpinan terbuka, bagi memastikan Johor muncul sebagai permata selatan yang menjadi kebanggaan Malaysia dan rakyatnya.

Sebanyak 172 calon bertanding pada PRU Johor yang akan berlangsung 11 Julai ini, manakala pengundian awal pada 7 Julai.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.