Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN Johor cuba dikaitkan dengan naratif sokongan rakyat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin Najib mendakwa keputusan itu boleh menjadi isyarat bahawa rakyat masih menyayangi ‘Bossku’ dan mahu beliau diberikan pengampunan diraja.
“Kalau BN menang besar, ia menjadi isyarat bukan sahaja rakyat Johor menyokong BN dan kepimpinan negeri, tetapi mereka juga masih sayangkan ‘Bossku’ dan mengharapkan beliau dapat bersama semula dengan rakyat.
“Kalau ada yang nak letak jawatan, lebih baik letak jawatan sekarang.
“Tak payah tunggu kita menang,” katanya yang pernah atau masih dikaitkan sebagai pemilik dan penasihat korporat kepada syarikat tersenarai selain menjadi pengerusi beberapa syarikat.
Nazifuddin berkata demikian dalam program Bual Bicara Santai di PDM Kampung Melayu II, malam tadi.
Namun, Nazifuddin yang juga Ketua Bahagian Umno Langkawi mengakui kemenangan BN pada PRN tidak bermakna Najib akan dibebaskan secara automatik.
“Kita bukan memilih Perdana Menteri. Apa yang kita mahu ialah BN menang besar.
“Kalau BN menang besar, apa salahnya kalau Bossku diampunkan dan dibebaskan? (Tetapi) Itu hak Yang di-Pertuan Agong,” katanya yang merupakan anak kedua Najib daripada tiga beradik hasil perkahwinan pertama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.