Norman Daud
Saya tak pernah kata Datuk Onn Hafiz seorang pemimpin yang tidak bagus. Saya mengakui beliau seorang Menteri Besar yang komited dan banyak berusaha melaksanakan tanggungjawabnya untuk Johor.
Tetapi..
Janganlah terlalu kuat berdrama ketika musim PRN. Nampak sangat cuba membawa naratif seolah-olah Johor sedang dianaktirikan oleh Kerajaan Persekutuan.
DS Anwar Ibrahim kan dah sebut larangan menggunakan jentera dan program kerajaan ketika tempoh berkempen. Larangan ni terguna pakai untuk semua pihak termasuk pihak kerajaan pusat sendiri.
Yang akan merasmikan majlis pelancaran tu PMX dan Perdana Menteri singapura. Jadi tak boleh la macam tu kan. Alasan ini jugalah yang menjadi sebab kenapa Hari Felda yang kecoh kecoh hari tu ditunda.
So fair and square.
Berhubung isu JS-SEZ, Menteri Ekonomi telah pun menjelaskan bahawa yang ditangguhkan hanyalah majlis pelancaran rasmi blueprint dan pelan induk, bukannya pelaksanaan projek itu sendiri.
Malah, pelan induk tersebut telah pun siap dan mendapat kelulusan Jemaah Menteri. Kerja-kerja pelaksanaan, rundingan dengan pelabur, penyelarasan antara kementerian dan agensi serta usaha menarik pelaburan tetap berjalan seperti biasa.
Dan dari segi protokol antarabangsa, pelancaran bersama oleh PM Anwar Ibrahim dan PM Lawrence Wong akan memberi impak publisiti global yang jauh lebih besar. Ia menunjukkan komitmen solid di peringkat tertinggi (highest political will), bukan sekadar projek sebelah pihak (unilateral).
Justeru, adalah tidak tepat untuk menggambarkan seolah-olah JS-SEZ telah ditangguhkan atau terbengkalai. Yang ditangguhkan hanyalah majlis pelancarannya. Pelaksanaannya tidak pernah berhenti.
Yang rakyat mahukan ialah pelaburan benar-benar masuk, peluang pekerjaan bertambah, gaji meningkat dan ekonomi Johor terus berkembang.
Bukan drama sinetron.✌️

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.