BERHATI HATI ZAHID HAMIDI, ANDA AKAN SENASIB MUHYIDDIN

 Kawan tetap kawan walaupun parti mungkin berubah haluan







Bila sebulan lalu saya ada menulis bahawa saya akan tetap menghormati Dato Lokman Adam dan adik Wan Mahussin, ramai yg react dgn bertanyakan kenapa?
Saya ada juga berpesan kpd kawan2… anggaplah perlawanan PRN Johor ini friendly match antara PH dan BN. Jgn keterlaluan menyerang pimpinan UMNO.
Fokus kpd agenda reform yg ingin dibawa di Johor.
Pimpinan UMNO pusat tidak menyerang PMX, kita juga menjaga hati mereka utk tidak menyerang Zahid.
Dapatan saya PRN Johor ini bukan kehendak Zahid tetapi kita boleh beranggapan apa yg dikatakan Puad Zarkashi itu ada faktanya selagi beliau tidak menarik dakwaan tersebut.
Malah jika mendengar podcast terbaru daripada Mufti Perlis, Dr Maza di situ juga sebahagian dari ceritanya apa yg berlaku masakini.
Anda yg perlu berfikir secara kritikal kenapa dan mengapa ia terjadi hasil pandangan Dr Maza. Sebenarnya saya terkejut Dr Maza bersimpati dgn PMX.
Perbincangan antara PAS dan UMNO ini bukan semudah impian Annuar Musa. Jadi walaupun berbincanh tetapi masing2 tahu strategi siapa guna siapa ini akan pastinya salah satu akn rugi.
Kenapa saya mengkagumi Lokman Adam dan Wan Mahussin ini? Saya dpt merasakan keikhlasan kedua mereka mempertahankan kerajaan Perpaduan ini.
Malah saya menulis, kedua mereka pertahankan PMX lebih agresif dari ahli parti PKR sendiri, seolah Anwar Ibrahim itu Presiden parti mereka.
Lokman dlm podcast peribadinya beberapa bulan lalu, pertahankan kerajaan perpaduan, akibatnya beliau teruk dicemuh ahli partinya sendiri.
Begitu juga Wan Mahussin sehingga semalam masih sinis tingkah laku pimpinan PAS walaupun pimpinan UMNO Johor mengadakan kerjasama dgn PAS.
Andai selepas ini mereka mempertahankan pimpinan dan partinya, saya secara peribadi memahaminya. Tapi silaturahim antara kami tetap seperti dahulu.
Saya ucapkan terima kasih kpd kedua mereka pertahankan kerajaan perpaduan. Saya dapat rasakan mereka selesa dgn kami dari PH kerana kita tidak mengkhianati dan ikhlas bekerjasama dgn mereka sehingga hari ini.
Mana2 parti pasti ada team A dan team B. Kehendak team B ini yg sanggup bekerjasama dgn PAS sukar utk team A meneruskan prinsip mereka apatah lagi dgn campurtangan pihak yg tak boleh disentuh.
Sinis Wan Mahussin membuat saya sering tersenyum. Jika manusia yg waras pasti mereka akn menolak PAS atau Hadi Awang.
Sekejap tak boleh undi UMNO sampai kiamat, sekejap tak boleh bersama UMNO kerana masih rasuah, sekejap tak boleh undi UMNO sebab benarkan judi…
Flip flop kemudian… ‘Wajib undi DAP. Skg undi PAS di kawasan yg PAS tidak bertanding.’ Mudah sungguh Hadi dan Timbalannya memperbodohkan pentaksub mereka.
Jika seorang yg ada daya pemikiran kritikal… bertanya pada diri apa alasan utk undi BN sdgkan sebelum ini kata UMNO rasuah.
Sdgkan sebelum ini Sanusi berkata, “ Di Kedah dah tak ada UMNO. Di Melaka nanti pun, Pas nak kosongkan semua kerusi UMNO. Tiba tiba , di PRN Johor, suruh undi UMNO.
Hati2 Zahid, apa yg berlaku di N9, saya dpt merasakan perasaan dendam Timbalannya kpd beliau sehingga dia ditukarkan dari Kementerian Pertahanan ke portfolio Menteri Luar.
Yg paling penting selain niat Sanusi itu, ialah ucapan Tuan Ibrahim Tuan Man yg cadangkan Presiden UMNO ditukarkan adalah lebih baik utk UMNO.
Ingat Zahid, perpecahan di dlm BERSATU itu, jika bukan sokongan PAS adakah Hamzah berani melawan Presiden partinya sendiri?
Tidak mustahil Timbalan anda akn terpengaruh dgn hasutan pimpinan PAS suatu hari nanti.
Skg ini adakah jika bukan kerana PAS keberangkalian punca team B berani serang kerajaan perpaduan di N9?
Tidak mustahil nanti PAS akn adakan pertemuan sulit dgn Timbalan dan team B utk khianati kamu sepertimana berlaku terhadap Muhyiddin.
PAS tahu mereka sgt lemah di Johor, sb itu mereka bertindak seolah olah menghulurkan tangan persahabatan.
Jika Zahid bijak, dia mesti fikirkan bersama MKT UMNO adakah PAS akan lakukan perkara sama di Pahang?
Nak tahu mereka ikhlas atau tidak, PAS akan menyerahkan byk kerusi DUN di menangi mereka di Pahang. Ini kerana PAS punyai potensi tinggi bentuk kerajaan di Pahang.
Lihat sahaja apa yg berlaku di Johor, khabarnya PAS menolak utk menggunakan logo UMNO di Johor. Disebabkan itulah BN akhirnya umum 56 calon mereka di Johor.
Jika benar, Zahid kena faham strategi PAS utk berbuat baik dgn UMNO bukan ikhlas tetapi mencari jalan pintas utk menjadi kerajaan.
Apa kata Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Afnan Hamimi, 'Kalau nak ubah Umno, jangan bagi menang banyak kerusi'.
Kenyataan ini jelas, niat PAS sebenarnya. Tuan Ibrahim kata UMNO makin lemah bila bersama PH.
Faktanya bersama PH, UMNO dpt rampas kerusi PAS di DUN Nenggiri dgn kemenangan besar. Begitu juga UMNO menang besar di DUN Mahkota, Johor.
Kenapa saya berpesan kpd UMNO beberapa kali dlm penulisan saya?
Seperti DS Anwar yg pertahankan UMNO dari diharamkan, dan beri peluang UMNO dekati pengundi Melayu.. saya juga mahukan UMNO bangkit dan bukan menumpang yg akhirnya membawa rebah.
Ya barangkali UMNO boleh jadi kerajaan tetapi seperti kata Afnan, kalau nak ubah UMNO jgn beri mereka byk kerusi.
Ingat antara PAS dan UMNO… PAS kini kuasai 65% pengundi Melayu berbanding UMNO hanya sekitar 35% sahaja.
Mana mungkin yg ada ‘pegangan saham’ jauh lebih tinggi dlm ‘syarikat’ mahu tunduk arahan dari ‘pemegang saham’ yg jauh lebih kecil dari mereka.
UMNO jika mahu pulih kena lawan PAS bukan bekerjasama dgn PAS. Jika tidak 5 tahun mendatang PAS akan menguasai UMNO.
Bezanya pengikut PAS taksub dan mencari jalan pintas ke syurga utk terus bersama PAS. Tapi ahli UMNO akn tinggalkan parti ini bila2 masa sahaja kerana parti ini tidak mampu rasuahkan syurga buat ahlinya.
See less







No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.