Jason Yew
1. Saya baca rintihan Menteri Besar Johor. Katanya, nak serah geran tanah kepada peneroka Felda pun dihalang.
2. Dia nampak kecewa. Kononnya ada pihak yang sengaja menyekat usaha murninya.
3. Kita faham. Sekarang musim PRN Johor. Sebab itu pemimpin mereka sibuk turun padang. Nak jadi wira serah geran masa kempen. Nak pancing undi peneroka.
4. Tapi yang peliknya, siapa yang halang?
5. Kita tahu Felda sekarang di bawah portfolio Datuk Seri Zahid Hamidi. Beliau Timbalan Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Boss kepada Onn Hafiz.
6. Pengerusi Felda pula siapa? Orang UMNO juga.
7. Menteri yang jaga Felda orang UMNO. Pengerusi Felda orang UMNO. Menteri Besar Johor pun orang UMNO.
8. Semua dari parti yang sama. Tapi nak masuk kawasan Felda di negeri sendiri pun kena sekat?
9. Adakah boss sendiri dan Pengerusi Felda berpakat sekat Menteri Besar dari masuk berkempen?
10. Kalau ya, nampak sangat kepincangan mereka. Sembang mahu tanding solo kerana parti kononnya sudah stabil dan bersatu padu.
11. Rupa-rupanya sesama sendiri pun bergaduh cantas-mencantas. Takut anak buah dapat nama lebih, atau takut bayang-bayang sendiri.
12. Kesian Onn Hafiz. Nampak gah berlari sana sini di media sosial buat lawatan mengejut.
13. Tapi di kawasan Felda, rupa-rupanya dia tiada kuasa. Tersungkur di tangan pemimpin partinya sendiri.
#onnhafiz #felda #umno #zahidhamidi

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.