Terima kasih kawan2 di atas kepercayaan.
Sangat luar biasa sokongan, Harapan dan bantuan.
InsyaAllah saya akan cuba buat sebaik mungkin dan susun sehabis baik.
Saya hargai semua komen, pandangan dan nasihat, malah kritikan awal pun saya terima sebab Jkom ni satu badan yang penting untuk gerak kerja backup dan terangkan agenda Kerajaan kepada rakyat.
Hari pertama saya dah buat taklimat penuh kepada semua staf dan set halatuju baru. Start dari jam 8pagi hingga ke 3 pagi terus kerja.
Harini baru hari ke 2 saya masuk kerja, bagi masa saya sikit lagi ya.
Sudah buat ‘bedah siasat’, esok hal program dan kewangan pula. Seharian harini.
Jika nak tgk cara kerja, tgklah mcmana kami kerat kartel baja di NAFAS dulu, hingga boleh kutip hutang RM3.1billion dan dpt cash RM800 juta lebih dlm masa setahun.
Yang korup babit RM50 juta kami sendiri yang lapor SPRM dan minta PWC yg buat audit forensik akaun.
Juga boleh tengok mcmana track record kami setup pasukan media di Kedah dlm masa 3 minggu shja. Tengok bertapa difensifnya lawan.
Jika nak tengok akaun media sosial, pasukan saya sendiri sblm masuk sini dah ada lebih 1 juta follower terutamanya di Tiktok dgn reach out lebih 100 juta view sebulan.
InsyaAllah kami faham kepentingan algorithm, fyp dan media sosial dalam bentuk persepsi kepada Kerajaan.
Sejujurnya masa saya masuk ni dah singkat, saat saat akhir pemerintahan ni, timing pula dalam mood Pilihanraya 2 Negeri.
Saya faham kena gerak lagi laju, saya juga faham Jkom kena buat reform habis habisan.
Tapi ini baru hari ke 2, moga kawan kawan faham dan bagi saya sedikit masa.
Siapa staf Jkom yang dengar taklimat saya kepada pengurusan semalam akan faham bertapa tegas, terfokus, penuh strategi dan pendekatan, ada timeline, dan semua tersusun baik.
Malah semua plan, startegi, engagement dgn agensi dan kol semua tengah berjalan dgn baik utk Reform Jkom.
Nak tahu apa saya buat secara dalaman, boleh tanya yang hadir.
Saya diberi masa 3 bulan untuk permulaan, tapi saya target dlm masa 2 minggu saya dah boleh buat sesuatu yang besar untuk Negara kita.
Doakan kami dan pasukan boleh buat terbaik, InsyaAllah kami takkan sia siakan Harapan anda semua.
Ini pun tengah membelek belek dokumen, fahami dan susun balik supaya faham dgn baik dan dapat laksanakan dengan tepat.
Jika orang lain diberi masa berbulan2, malah bertahun tahun, minta adil juga pada saya.
Bagi sikit ja masa utk saya study balik secara teratur, teliti, halus dan tersusun. Kerana tugas saya bukan nak buat benda baru, tapi nak baiki benda yang dah siap utk sama sama jadi lebih baik.
Jalan terus; REFORM
Syam Ghaz
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.