
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis pengumuman calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRU DUN Johor pada 22 Jun 2026. Foto PMO
TANGKAK, 22 Jun – Dua ahli Parlimen antara 56 calon Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan.
Kedua-dua mereka adalah Suhaizan Kayat yang juga Ahli Parlimen Pulai dan dicalonkan untuk kerusi DUN Larkin manakala Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, di Senggarang.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi di Padang Extreme Bukit Gambir yang dihadiri ribuan penyokong seluruh pelusuk Johor.
Beberapa nama lain yang diumumkan termasuk bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang dicalonkan di DUN Puteri Wangsa.

Selain itu, dua bekas EXCO Johor ketika PH menjadi kerajaan iaitu Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah) dan Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar) dicalonkan semula di kerusi terbabit.
Turut disenaraikan ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad (Kempas) dan Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Mohd Fakharuddin Moslim bertanding di DUN Pasir Raja.

Beberapa lagi muka baharu antaranya Noraziah Mohd Razit di Buloh Kasap; Jalex Lee En Xiang (Pemanis); Tay Yok Jiun (Bekok); Mohd Nor Mohd Yusof (Gambir); Mohd Afif Abd Hamid (Kemelah); Ayna Soraya Badaruddin (Sungai Balang).
Selain itu, Hisyamuddin (Sri Medan); Yong Hu Yi (Yong Peng); Ramli Hamid (Semarang); Ezam Md Taslim (Parit Yaani); Shazwan Dzainal Abidin (Parit Raja) dan Felicia Poh Rui Ling (Penggaram).

Calon bertukar DUN pula ialah Elia Nadira Sabudin DUN dari Bukit Pasir ke Tenang manakala Muhammad Taqiuddin Che Man dari Mahkota ke Maharani.
Bagi penyandang, mereka ialah Ee Chin Lin di DUN Tangkak; Ng Yak Howe (Bentayan) dan Ir Nazri Abdul Rahman di Simpang Jeram.

Lain-lain calon diumumkan Anwar antaranya Danish Hossman Abd Rahman (Johor Lama); Mohd Sawaludin Salleh (Penawar); Faizul Abdul Ghani (Tanjung Surat); Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Teo Siew Hui (Permas).
Berikut merupakan senarai penuh calon PH pada PRU DUN Johor:
Berikut senarai penuh calon PH bagi PRN Johor:
- Buloh Kasap – Rozy Razit
- Jementah – Ng Kor Sim
- Pemanis – Jalex Lee En Xiang
- Kemelah – Afif Abdul Hamid
- Tenang – Elia Nadira Sabudin
- Bekok – Tay Yok Jiuen
- Bukit Kepong – Subramani Chami
- Bukit Pasir – Najib Lep
- Gambir – Haji Mohd Nor Mohd Yusof
- Tangkak – Ei Chin Li
- Serom – Ahmad Nazari Abdul Hamid
- Bentayan – Ng Yak Howe
- Simpang Jeram – Nazri Abdul Rahman
- Bukit Naning – Ysauhrudin Kusni
- Maharani – Taqiuddin Cheman
- Sungai Balang – Soraya Badaruddin
- Semerah – Khuzzan Abu Bakar
- Sri Medan – Hishamuddin Misrin
- Yong Peng – Yong Hui Yi
- Semarang – Ramli Hamid
- Parit Yaani – Ezam Taslim
- Parit Raja – Shazwan Dainal
- Penggaram – Felicia Poh Rui Ling
- Senggarang – Onn Abu Bakar
- Rengit – Yazid Bakri
- Machap – Hafiz Roslan
- Layang-Layang – Guna Balakrishanan
- Mengkibol – Chu Poh Yee
- Mahkota – Ahmad Zuhan Mohd Zain
- Paloh – Ruben Arumungum
- Kahang – Sabri Kadir
- Endau – Saiful Nizam Samat
- Tenggaroh – Yusof Dawam
- Panti – Daniel Sharudin
- Pasir Raja – Fakharuddin Moslim
- Sedili – Amirul Husni Onn
- Johor Lama – Danish Rahman
- Penawar – Sawaludin Salleh
- Tanjung Surat – Faizul Abdul Ghani
- Tiram – Nor Zulaila Abdul Ghani
- Puteri Wangsa – Maszlee Malik
- Johor Jaya – Lee Wern Yiing
- Permas – Teo Siew Hui
- Larkin – Suhaizan Kaiat
- Stulang – Andrew Chen Kah Eng
- Perling – Alan Tee Boon Tsong
- Kempas – Faezuddin Puad
- Skudai – Kartiyaini Jeyapalan
- Kota Iskandar – Dzulkefly Ahmad
- Bukit Permai – Shafwan Ani
- Bukit Batu – Arthur Chiong Sen Sern
- Senai – Wong Bor Yang
- Benut – Abdul Razak Ismail
- Pulai Sebatang – Haniff Hosman
- Pekan Nanas – Yeo Tun Siong
- Kukup- Cheah Chee Hong
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.