PATUT DIA BELA NAJIB SEBAB DIA ORANG YANG DEKAT DENGAN NAJIB...DIA SEMBANG BAB YANG DIA PUN KURANG PAHAM. PATUT LE....BUDAK MUDA AJAK DEBAT DIA MENIKUS

 






Norman Daud





Ramai yang tak sedar pun sebenarnya yang RM kita sekarang dah RM4.14 vs 1USD. Duit kita melepas paras Rm4 bermula 4jun tempohari dan mencecah paras RM4.14 hari ini selepas menjadi matawang paling cemerlang di Asia tahun lepas dan sehingga pertengahan tahun ini.

Turun naik matawang ni sebenarnya biasa kerana sifat pasaran matawang yang sememangnya sifatnya volatil dan sangat sensitif dengan sentimen global. Naik sikit selepas rally pengukuhan yang panjang tu perkara normal.
Tapi.. macam biasa Isham jalil datang dengan naratif yang konon ekonomi negara dah teruk, mata wang kita jatuh dan ada 511 ribu orang menganggur.
Saya dah pernah tulis sebelum ni 511 ribu penganguran itu hanya mewakili 3% daripada keseluruhan tenaga buruh negara. Dalam bahasa mudah, kadar pengangguran sekitar 3% ini masih berada dalam julat yang dianggap sihat bagi sesebuah ekonomi.
Menurut piawaian antarabangsa (seperti IMF dan ILO), sesebuah negara yang mempunyai kadar pengangguran di bawah 4% sudah dikategorikan sebagai mencapai "pekerjaan penuh" (full employment). Sebagai perbandingan, semasa kemuncak pandemik (zaman PN-BN), jumlah penganggur pernah melonjak melebihi 770 ribu orang (4.8%). Jadi, pasaran kerja semasa sebenarnya jauh lebih stabil walaupun kita kena akui ada cabaran untuk graduan baharu mendapatkan gaji premium itu tetap wujud.
Pasal pelabur takut nak melabur tu, entah lah .. rasanya dah diwar warkan kejayaan Malaysia mencatatkan prestasi pelaburan yang sangat luar biasa, dipacu oleh ledakan sektor digital, pusat data (data centre), dan rantaian semikonduktor global dengan ​Jumlah Pelaburan yang diluluskan Keseluruhan sebanyak RM336.0 Bilion (Satu angka rekod tertinggi baharu, mengatasi pencapaian tahun 2024 yang berada di sekitar RM329.5 bilion).
Setakat pertengahan tahun ni, jumlah pelaburan yang telah diluluskan telah mencecah RM170billion. Ini angka yang dikeluarkan oleh MITI dan MIDA. Itulah hasil DS Anwar Ibrahim kehulu kehilir mempromotekan negara kita kepada pelabur luar.
Hal hutang tu saya malas nak tulis la.. saya rasa baik la IJ ni berdebat dengan Ahmad Faizuddin supaya jelas mengenai isu ni.
IJ juga mengatakan ekonomi negara akan lebih baik jika kerajaan hari ini dijatuhkan dan diganti dengan PAS la kot.
Saya nak tanya lah.. apa jaminan tukar kerajaan ekonomi negara akan lebih baik kalau naratif ekonomi pun diputar belit? Kita lihat contoh negara Indonesia. Semasa era Presiden Jokowi, ekonomi mereka berada dalam fasa pembinaan yang sangat stabil dengan pertumbuhan konsisten sekitar 5% dan nilai mata wang Rupiah yang terkawal.
Namun, apa yang berlaku selepas berlakunya peralihan kuasa kepada pentadbiran Prabowo Subianto?
Menukar pemimpin di kala dunia sedang dilanda ribut geopolitik global bukan ubat ajaib. Memasuki tahun 2026 ini, pasaran Indonesia terpaksa berdepan dengan realiti yang sangat getir. Nilai mata wang Rupiah mereka merosot parah melepasi paras psikologi kritikal sehingga hampir mencecah Rp18,000 per Dolar AS.. satu rekod kejatuhan yang menekan kos import industri di sana. Bukan itu sahaja, sektor pembuatan intensif buruh mereka mengalami gelombang pemberhentian kerja (layoffs) yang besar,
Malah Bank Indonesia (BI) baru sahaja menaikkan kadar faedah penanda aras mereka (BI-Rate) kepada 5.75% (dengan Lending Facility Rate mencecah 6.50%). Langkah agresif ini diambil oleh bank pusat mereka untuk mempertahankan nilai mata wang Rupiah yang sedang berdepan tekanan luar yang kuat.
Kita jangan lupa trauma ketidakstabilan politik (2018-2022) yang menyaksikan tiga kali pertukaran Perdana Menteri, di mana pelabur asing lari kerana dasar negara berubah setiap kali menteri bertukar. Jangan lupa tu IJ.
Ekonomi ni memerlukan kosistensi dan kepastian dasar, bukannya retorik putar belit angka di media sosial. Kalau pembangkang atau IJ mendakwa mereka ada formula yang lebih hebat, bentangkan pelan ekonomi alternatif yang realistik, bukannya sekadar menjual naratif tukar kerajaan dengan memutar belit fakta.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.