Dalam dunia politik kita, TS Hadi Awang merupakan salah satu sosok paling menarik untuk diikuti.
Bagaimana beliau bermula dengan kontroversi. Tahun 1981 dengan Amanat Haji Hadi.
Dikafirkan saudara se-Islam kerana mengikut Perlembagaan Penjajah yang tidak mengangkat Hukum Hudud sebagai teras.
Ironinya, dia angkat sumpah jadi YB berpuluh tahun gunakan Perlembagaan yang sama. 33 bulan geng dia memerintah Malaysia, hudud entah ke mana. Bila ditanya, “ini soalan setang”, jawabnya.
Ramai di kalangan pemerhati politik tahu betapa POWERFUL nya Haji Hadi. Level Ayatollah dan “pemimpin suci”. Dan kali ini dia buat hal lagi.
Dr Sam Terengganu baru jadi Ketua Pembangkang 28 hari, Parlimen pun tak start lagi. Dia kena pecat melalui Live FB.
Betul kata Lil Bird, sebulan dulu. Dr Sam itu hanya boneka di situ. PM tepi sebenar bagi PAS ialah Hamzah. Itu yang Haji Hadi umum sudah.
Lil Birds dari kem sana sudah sampaikan. Sudah mula bunyi tak puas hati. Dengan Presiden sendiri. Kenapa suka suki nak angkat PM parti lain?
*************
Pattern nya sama sahaja.
Bagi yang mengkaji, Haji Hadi itu sebenarnya a pure POLITICIAN. Niat utamanya perluasan kuasa. Tak kira la nak tunggang siapa. Janji, negara Islam ala PAS terbentuk akhirnya
Maknanya, mana2 PM yang dilantik, teknokrat atau profesional. Akan tetap ada figura lebih tinggi dari PM ya. Itulah Ayatollah.
Perluasan kuasa PAS selama 70 tahun ini sudah terbukti. Sekarang mereka punya kerusi paling banyak di Parlimen .
Hasil kahwin dan cerai dengan pelbagai parti. Sampai KuLi boleh kata PAS ini “Pelac*r politik”. Bunyinya kasar keluar dari mulut anak Raja.
Namun, “Pelac*r” atau tidak, mereka berjaya. Digunakan semua pemimpin dan parti Melayu yang ada.
Dari Anwar Ibrahim ketika Pakatan Rakyat.
Mereka bergayut dengan Najib pula, dapat sumbangan RM90juta.
Selepas itu diangkat Muhyiddin pula. Bila kawan tu dana dibeku, disailangnya.
Sekarang Hamzah pula hero baru. Khabarnya segala duit dan dana Hamzah yang sponsor. Bergantung pula dengan member tu.
Akhirnya, yang untung bukan yang berkorban duit dan dana, tapi parti PAS akan terus luaskan kuasa. Sampai mereka boleh secara sendirian memerintah Malaysia.
*************
DNA mereka perlu tubuh negara Islam. Tak kira lah, Malaysia Sultan dan PM nya Islam. Sekian lama, dari KSU, DO ke peon pejabat 98% beragama Islam.
Negara Islam itu hanya tertubuh bila parti PAS yang memerintah Malaysia secara mutlak. Itulah kepimpinan melalui Ulamak.
Kalau parti dan orang Islam lain memerintah tidak cukup “Islam” ya. Inilah Politik Mullah.
Kita tepuk dada tanya akal jua. Adakah ini yang diperlukan untuk Malaysia? Bilamana negara ini berbilang bangsa. Melayu Islam itu 58% sahaja.
****************
Kekuatan kita sejak merdeka ialah kemampuan untuk hidup bersama dalam sebuah negara.
Negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, Raja sebagai payung negara, dan demokrasi sebagai medan persaingan idea.
Negara ini tidak memerlukan lebih ramai “orang suci” yang mahu memerintah.
Negara ini memerlukan pemimpin yang mampu menyatukan, mengurus perbezaan dan membina masa depan.
Kerana Malaysia tidak dibina untuk satu golongan sahaja. Malaysia dibina untuk semua kita. Berbilang bangsa dan agama.
Mudah-mudahan, apa jua pilihan politik kita, akhirnya yang menang bukan mana-mana parti.
Tetapi negara…
Salam hormat,
Liyana Marzuki

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.