1. Portfolio FELDA dibawah YAB Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Diraja Dr. Zahid Hamidi merangkap Presiden UMNO. Timbalan Menteri diberi tanggungjawab kepada YB Dato' Seri Dr. Ahmad Maslan merangkap MKT UMNO. Pengerusi FELDA merupakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek.
2. Mengikut Akta 474, Pengerusi FELDA ada kuasa eksekutif dalam menjalankan arahan kepada seluruh operasi FELDA. Akta GSA 1960 memberi pernyataan kuasa Menteri Besar sebagai Pihak Berkuasa Negeri yang boleh mengatasi beberapa perkara berkenaan tanah dan pemberian hak milik.
3. Agak menyedihkan bagi pihak YAB MB Johor Dato' On Hafiz Ghazi apabila telah berlaku beberapa peristiwa seolah FELDA "TAK OKEY" dengan beliau. Walaupun diperingkat persekutuan, FELDA dibawah penguasaan UMNO/BN, ia seolah tidak menyebelahi MB Johor.
4. Jika kita semak sepanjang Kerajaan Perpaduan menghadapi beberapa siri pilihanraya bermula di PRK Kemaman, PRK Pelangai dan PRN Sabah, Pengerusi FELDA menjadi Panglima Besar menawan kawasan FELDA. Berminggu malah berbulan Pengerusi akan turun dan berkampung di rancangan FELDA yang terlibat dalam pilihanraya. Mengapa PRN Johor kali ini nampak seolah Pengerusi FELDA kaku, malah hilang dari radar. Lebih teruk lagi, seolah MB Johor diberi tekanan dari pihak FELDA yang diterajui pimpinan UMNO sendiri.
5. Agak pelik, di Negeri Sembilan berbeza layanan yang diberikan. YB Jalaludin Alias yang hanya mantan Exco Negeri, boleh masuk ke tanah rancangan FELDA untuk berkempen. Tiada halangan sebagaimana MB Johor dan ketika zaman BN memerintah parti pembangkang dihalang masuk ke pintu-pintu rancangan FELDA.
6. Mungkin MB Johor boleh menyemak kembali apa sebenarnya yang berlaku. Punca kuasa dalam FELDA semuanya dipegang oleh pemimpin UMNO/BN. Pelik dan janggal apabila orang yang memegang punca kuasa mendakwa dirinya dihalang oleh "tangannya" sendiri.
7. Warga FELDA pastinya tidak mahu mereka dijadikan mangsa pertaruhan politik. Mereka mahu nasibnya dibela, haknya ditunaikan dan mereka mampu memilih yang terbaik dalam pilihanraya.
Ridhuan Esa
23 Jun 2026



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.