Lawatan Ke Turkmenistan Capai Matlamat, Kukuh Hubungan Dua Negara – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi di Istana Presiden Turkmenistan di Ashgabat pada 19 Jun 2026. Foto PMO

ASHGABAT, 19 Jun – Lawatan kerja rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Turkmenistan disifatkan telah mencapai matlamat yang digariskan, khususnya dalam memperkukuh hubungan persahabatan dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi di Istana Presiden Turkmenistan di Ashgabat pada 19 Jun 2026. Foto PMO

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri berkata, lawatan itu juga turut membuka lembaran baharu dalam usaha memperluas kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama, terutama sektor tenaga yang mempunyai potensi besar untuk diteroka dan dimanfaatkan demi kemakmuran kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi di Istana Presiden Turkmenistan di Ashgabat pada 19 Jun 2026. Foto PMO

“Saya merakamkan penghargaan kepada Presiden Turkmenistan Serdar Berdimuhamedov serta semua pihak yang telah memberikan layanan cukup mesra kepada delegasi Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi di Istana Presiden Turkmenistan di Ashgabat pada 19 Jun 2026. Foto PMO

“Salut saya kepada pasukan kementerian, Kedutaan Besar Malaysia di Ashgabat, PETRONAS, petugas keselamatan serta rakan-rakan media yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran setiap urusan,” ujar Anwar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi di Istana Presiden Turkmenistan di Ashgabat pada 19 Jun 2026. Foto PMO

Pada lawatan itu, Anwar diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir, serta pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi di Istana Presiden Turkmenistan di Ashgabat pada 19 Jun 2026. Foto PMO

Lawatan rasmi selama dua hari bermula 18 Jun itu merupakan kunjungan pertama Anwar ke Turkmenistan sejak dilantik Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November 2022, atas jemputan Berdimuhamedov. – Bernama




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.