HIKMAH DI SEBALIK PETAKA : Bagaimana Fitnah Jahat Gagal Melaga-lagakan Istana Johor & Kerajaan Persekutuan.



Abies Abdullah








Pernah dengar pepatah, "MANUSIA MERANCANG DENGAN HELAH, TETAPI PERANCANGAN ALLAH JAUH LEBIH INDAH"?


Inilah gambaran paling tepat untuk menjelaskan "ribut dalam cawan" yang cuba dicetuskan oleh pihak tertentu baru-baru ini. Beberapa hari lalu, kecoh satu malaya apabila Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa kecewa baginda terhadap apa yang disifatkan sebagai kelengahan kerajaan Persekutuan dalam membangunkan negeri Johor.


Bagi penyokong Kerajaan Perpaduan (khususnya PH) dan golongan atas pagar, luahan terbuka ini memang mendebarkan. Manakala bagi pihak pembangkang pula, ini dianggap "durian runtuh" atau modal politik terbaik untuk dijadikan senjata menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 pada 11 Julai ini. Mereka tersenyum lebar, menyangka ada keretakan besar antara Istana Johor dan Kuala Lumpur.


Namun, kegembiraan mereka tidak lama. "Petaka" yang disangka akan menenggelamkan PH rupa-rupanya menjadi lubang kubur buat propaganda murah pihak lawan.


TUTIK LERAI DI KUALA LUMPUR : APABILA KEBENARAN BERBICARA

Ketegangan yang sengaja dihangatkan itu akhirnya terurai sepenuhnya dalam satu pertemuan penuh harmoni antara Tunku Mahkota Ismail dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur semalam. Pertemuan yang penuh dengan rasa kasih, hormat dan semangat persahabatan ini telah membongkar satu hakikat penting : BERLAKUNYA SALAH TAFSIR AKIBAT MAKLUMAT SEPARUH MASAK YANG SENGAJA DISUAPKAN KEPADA PIHAK ISTANA DEMI KEPENTINGAB POLITIK SEMPIT.


Dalam pertemuan tersebut, PM Anwar telah membentangkan fakta, angka dan kedudukan sebenar. Segala kekusutan terurai, dan tabir manipulasi akhirnya terselak.


MEMBONGKAR FAKTA : SIAPA YANG SEBENARNYA "MENGANAKTIRIKAN" JOHOR?

Berdasarkan penjelasan yang diberikan, ada tiga impak besar yang perlu rakyat — khususnya bangsa Johor — fahami secara matang :


— BUKAN KERAJAAN MADANI YANG MELENGAH-LENGAHKAN : Projek dan pembangunan yang tertangguh di Johor rupanya adalah "pusaka lama" tinggalan era tiga Perdana Menteri sebelum ini — iaitu zaman Tun Mahathir, Tan Sri Mahiaddin Yassin, dan Datuk Seri Ismail Sabri. Kerajaan Madani hari ini sebenarnya sedang sibuk "mencuci kain kotor" dan menyambung semula projek yang terbengkalai.


— JOHOR DAPAT LEBIH DARIPADA APA YANG DIBERI : Ini fakta paling padu yang didedahkan oleh Anwar Ibrahim. Sepanjang tahun 2023 hingga 2025, hasil yang diperoleh Persekutuan daripada negeri Johor adalah sebanyak RM14 BILLION. Tetapi tahu tak berapa yang disalurkan semula oleh Kerajaan Persekutuan untuk rakyat Johor? Sebanyak RM16 BILLION!


— LEBIHAN RM2 BILLION : Ertinya, Persekutuan pulangkan semula RM2 bilion lebih banyak daripada apa yang mereka ambil demi memastikan kebajikan dan pembangunan rakyat Johor sentiasa di hadapan. Ini bukan penganaktirian, ini namanya layanan istimewa!


HIKMAH DI SEBALIK "PETAKA"

Pihak lawan menyangka dengan memutarbelitkan fakta pembangunan, mereka boleh menggunakan pengaruh Istana untuk menumbangkan kerajaan dalam PRN nanti. Namun, hikmah daripada teguran terbuka Pemangku Sultan Johor ini rupa-rupanya membawa kebaikan yang jauh lebih besar :

IA MEMBERI PELUANG EMAS KEPADA RAKYAT UNTUK MELIHAT DATA YANG SAHIH, BETUL DAH TELUS.


Langkah licik pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh akhirnya memakan diri sendiri. Sekarang, rakyat sudah nampak dengan jelas siapa yang bekerja dengan angka dan fakta, dan siapa yang hanya tahu bermain persepsi dan adu domba.


KHULASAH : Rakyat Johor Sudah Matang

Politik matang bukan lagi tentang siapa yang paling kuat menjerit di pentas, tetapi siapa yang membawa kestabilan dan kemakmuran berasaskan fakta. Hubungan erat antara Istana Johor dan Kerajaan Persekutuan hari ini kekal utuh, malah menjadi lebih kuat selepas salah faham ini diperbetulkan.


Kepada pengundi menjelang 11 Julai ini, jadikan peristiwa ini sebagai sempadan. Tolak politik toksik yang sanggup mengheret institusi Istana ke kancah fitnah. Berdirilah di atas paksi kebenaran demi masa depan Johor yang lebih gemilang!


HFM | Pengasas QLP

Kuala Lumpur, Malaysia




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.