Hadapi Cabaran Global, Kerjasama ASEAN-Rusia Perlu Diperkukuh – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KAZAN, 17 Jun – Keperluan memperkukuh kerjasama strategik antara ASEAN dan Rusia bagi mendepani cabaran geopolitik serta ketidaktentuan ekonomi global yang semakin kompleks, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di media sosial hari ini, Perdana Menteri berkata, dunia kini berdepan pelbagai cabaran termasuk ketidaktentuan geopolitik, gangguan rantaian bekalan serta persaingan teknologi yang semakin sengit, sekali gus menuntut kerjasama lebih erat antara negara dan bukan tindakan secara bersendirian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“ASEAN telah membuktikan dirinya sebagai antara rantau ekonomi paling dinamik dan berdaya tahan, berteraskan keterbukaan, keterangkuman dan kerjasama.

“Dalam semangat sama, ASEAN dan Rusia mempunyai potensi besar untuk memperluas kerjasama dalam bidang strategik seperti keselamatan makanan, tenaga, teknologi digital, pendidikan dan pembangunan bakat,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau turut mengalu-alukan pembangunan ASEAN-Russia Strategic Programme on Trade and Investment Cooperation 2026–2035 yang bakal memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi kedua-dua pihak.

“ASEAN akan terus mempertahankan sistem perdagangan yang terbuka, adil dan berpandukan peraturan yang dipersetujui bersama. Dalam dunia yang semakin tidak menentu, daya tahan ekonomi mesti diperkukuh tanpa mengorbankan semangat kerjasama,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau menegaskan bahawa setiap persefahaman yang dicapai perlu diterjemahkan kepada tindakan yang mampu menjana peluang, mencipta kemakmuran dan membawa manfaat nyata kepada rakyat.

Perdana Menteri turut memetik kata-kata penyair agung Tatarstan, Abdullah Tukay ketika berucap pada Forum Perniagaan Rusia-ASEAN hari ini, bahawa hanya dengan berkhidmat kepada rakyat, itulah kebahagiaan yang sebenar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di Kazan, Rusia pada 17 Jun 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.