EL-NINO.Mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149 di Bangunan Parlimen hari ini.

 

PMX- Mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-149 di Bangunan Parlimen hari ini.












Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada pelbagai inisiatif Kerajaan ke arah memperkukuh dan memulihkan ekonomi negara susulan cabaran dan ketidaktentuan yang berpunca daripada konflik di Asia Barat yang memberi kesan kepada ekonomi global.


Mesyuarat turut meneliti tahap kesiapsiagaan negara dalam menghadapi fenomena El Niño yang dijangka memberi kesan terhadap bekalan air, sektor pertanian, keselamatan makanan serta risiko cuaca panas melampau dan jerebu.


Penekanan turut diberikan kepada usaha memastikan setiap dasar dan inisiatif dilaksanakan secara lebih bersepadu, cekap dan berpaksikan kepentingan rakyat, di samping memperkukuh daya saing ekonomi, menarik pelaburan berkualiti serta menjamin kesejahteraan rakyat di seluruh negara.


Insya-Allah, semangat kebersamaan dan kesepakatan yang dizahirkan menerusi mesyuarat ini akan terus memperkukuh hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh oleh seluruh rakyat.


#MalaysiaMADANI�#MADANIBekerja�#YakinMADANI




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.