Rakan saya bos Akitek firm adalah seorang hartawan tetapi sangat berjimat cermat.
"Aku kalau duduk hotel luar negara tak akan duduk hotel 5 bintang tetapi setakat 3 bintang memadaai asalkan bersih dan selamat" kata beliau pada saya.
"Di Singapore aku duduk hotel 88 sahaja. Apa yang penting aku dapat tidur nyenyak" sambung beliau lagi.
Hotel 88 adalah hotel taraf 2 bintang tapi sewaan bilik semalam pun sudah RM500.
"Kau ni banyak duit tapi cikailah" templak saya pada beliau yang memandu kereta BMW X5 dan memakai jam tangan Panerai Luminor Marina yang berharga RM20,000.
"Bukan cikai tetapi aku rasa membazir bayar bilik hotel mahal hanya untuk tidur sahaja" kata beliau sambil tergelak.
"Kalau gitu kenapa tak pakai kereta Kancil dan pakai jam tangan Casio" tanya saya lagi.
"Din, kereta dan jam itu hanya nak impress client sahaja. All for business purposes only" sambut beliau tersenyum.
Lain pula dengan rakan saya seorang ini.
Jikalau travel seboleh mungkin beliau mahu naik business class dan duduk di hotel 5 bintang.
Beliau berasal dari keluarga peneroka dan telah berjaya dalam perniagaan.
"Aku kerja kuat untuk cari duit, apa salah hadiahkan diri dengan keselesaan bila travel" kata beliau.
Tiket kapal terbang business class biasanya harga tiga kali ganda dari tiket kelas ekonomi.
Jika ke London, tiket flight ekonomi biasanya RM3k tetapi harga RM10k untuk business class.
Kelebihan business class ialah seatnya lebih lebar dan selesa, seat boleh recline hampir seperti katil, makanan pula istimewa tanpa had dan anda dipanggil dengan nama sendiri oleh flight stewardess.
Saya pernah saksikan Mat Salleh minum terutama liquor tak henti-henti dari mula lepak di Lounge sehinggalah kapal mendarat.
Itulah kelebihan business class dan mereka ambil kesempatan sepenuhnya.
Semasa zaman bekerja sebagai penjawat awam memang beberapa kali saya travel luar negara dengan business class, tetapi tidaklah saya rindu kelebihan faedah tersebut.
Begitulah perangai dua rakan hartawan saya yang berbeza.
Tetapi apakan 'common denominator' atau persamaan antara ramai hartawan?
Dalam satu buku yang saya baca di senaraikan beberapa persamaan di kalangan hartawan millionaire dan billionaire.
1. Kebanyakan hartawan tidak muda. 80% dari mereka berumur 50 ke atas dan mengambil masa 32 tahun untuk menjadi kaya. Jikalau seorang hartawan itu muda, ia adalah redflag.
2. Kebanyakan mereka mempunyai mentor yang mengajar apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan dalam perniagaan.
3. Mereka suka membaca. 88% dari mereka membaca setiap hari dan 85% membaca dua buku setiap bulan.
4. 31% dari mereka dari keluarga miskin, 45% dari famili middle class dan 24% memperolehi kekayaan dari keluarga.
5. 63% bermain sukan di sekolah.
6. 76% beriadah 4 kali seminggu, paling kurang 30 minit setiap hari.
7. 72% dari mereka menjadi ahli NGO untuk membantu orang susah.
8. Mereka hidup 'a happy life', jarang bercerai dan memandu kereta lama.
9. 81% mempunyai pelan setiap hari iaitu 'a to-do list'.
10. 27% dari mereka pernah gagal dalam perniagaan.
11. Mereka bercampur dengan rakan yang positif, menjauhi rakan negatif dan orang toksik.
12. 95% suka membuat simpanan duit.
13. 67% menonton TV selama sejam sehari sahaja.
14. 77% dari mereka bukan straight A's student dan mereka tak pernah berhenti belajar sepanjang hidup.
15. 65% of them have three streams of income. 45% of them have four streams. 29% of them have five streams.
Begitulah perangai hartawan.
Semoga bermanfaat.
Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar
FB: Zainuddin Omar
* di Havana Cuba bersama kereta hartawan

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.