𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊 𝐍𝐀𝐈𝐊 𝐂𝐄𝐏𝐀𝐓, 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐓







Banyak nampak ayat ni sekarang.

Kebetulan dengan harga minyak dunia turun selepas perjanjian damai disepakati di antara US dengan Iran minggu lepas.
Banyak yang merungut harga Diesel terutamanya naik cepat dan banyak masa perang bermula hujung Februari yang lepas tapi bila turun perlahan dan sedikit.
Sebenarnya pernyataan tersebut tidak salah.
Sejak perang bermula sehinggalah perjanjian damai dipersetujui memang harga minyak dunia naik cepat dan turun perlahan.
Yang salah apabila tak faham kenapa perkara ini berlaku dan memaki hamun sana sini seolah-olah Kerajaan tidak menetapkan harga minyak tanpa mengikut pergerakan harga minyak dunia dengan menaikkan harga cepat dan banyak bila harga minyak dunia naik dan sengaja menurunkan harga secara perlahan dan sedikit bila harga minyak dunia turun.
Kita ambil contoh Diesel.
Harga Diesel naik selepas perang meletus daripada RM3.04 pada hujung Februari kepada RM6.72 dalam masa 6 minggu sahaja seperti di bawah:
26 Feb - 4 Mac: RM3.04
5 Mac - 11 Mac: RM3.12
12 Mac - 18 Mac: RM3.92
19 Mac - 25 Mac: RM4.72
26 Mac - 1 Apr: RM5.52
2 Apr - 8 Apr: RM6.02
9 Apr - 15 Apr: RM6.72
Kenapa harga Diesel naik begitu mendadak dalam masa 6 minggu?
Kerana harga penanda aras Diesel di Asia iaitu Singapore Gasoil meningkat daripada sekitar $90 setong sebelum perang kepada setinggi $290 setong pada awal April peningkatan 222% dalam masa 6 minggu.
Maka dengan sebab itu harga Diesel juga meningkat daripada RM3.04 kepada RM6.72 peningkatan sebanyak 122%.
Kenapa harga Diesel tidak meningkat setinggi 222% seperti harga Singapore Gasoil?
Kerana sistem apungan terkawal secara mingguan yang mengurangkan pendedahan kenaikan harga Diesel secara langsung berbanding harga apungan harian mengikut pasaran seperti negara Singapura.
Kemudian selepas memuncak pada awal April, harga Diesel turun RM6.72 kepada RM4.37 pada pertengahan Jun iaitu penurunan sebanyak 35% selama 10 minggu.
16 Apr - 22 Apr: RM5.97
23 Apr - 29 Apr: RM5.12
30 Apr - 6 Mei: RM5.12
7 Mei - 13 Mei: RM5.17
14 Mei - 20 Mei: RM4.87
21 Mei - 27 Mei: RM4.97
28 Mei - 3 Jun: RM4.87
4 Jun - 10 Jun: RM4.67
11 Jun - 17 Jun: RM4.67
18 Jun - 24 Jun: RM4.37
Ini kerana harga Singapore Gasoil jatuh pada awal April daripada $290 kepada sekitar $115 pada pertengahan Jun iaitu penurunan sebanyak 60% juga dalam tempoh 10 minggu.
Kenapa penurunan harga Diesel (35%) lebih rendah penurunan harga Singapore Gasoil (60%)?
Sama juga kerana sistem apungan harga terkawal mingguan yang mengurangkan kesan penurunan harga pasaran.
Itu sahaja.
Seperti mana harga Singapore Gasoil naik 222% dan harga Diesel naik 122% sahaja, begitu juga harga Singapore Gasoil turun 60% dan harga Diesel turun 35% sahaja.
Jadi tidak ada yang tidak logik kenapa harga minyak naik begitu mendadak tapi turun dengan perlahan.
Harga naik 222% dalam masa 6 minggu berbanding harga turun 60% dalam masa 10 minggu.
Itu pun harga Singapore Gasoil masih lebih tinggi sekarang ($115) berbanding harga sebelum perang sekitar $90.
Cuba faham dan hadam.
Jangan pula bandingkan dengan harga minyak mentah kerana walaupun harga minyak mentah dunia menentukan harga produk petroleum, kos menapis dan memproses minyak mentah juga meningkat sejak perang bermula.
Bayangkan sebelum perang kos penapisan minyak mentah menjadi Diesel sekitar $20 setong, selepas perang kos penapisan menjadi $140 setong.
Ini berlaku kerana bila Selat Hormuz ditutup dan bekalan minyak tersekat, hampir semua loji penapisan kekurangan bekalan bahan mentah (feedstock) untuk menghasilkan produk petroleum seperti petrol, diesel, minyak jet dan lain-lain.
Jadi output daripada loji penapisan juga jatuh menyebabkan harga produk petroleum selepas ditapis meningkat mendadak.
Bila harga Diesel nak turun macam harga sebelum perang sekitar harga RM3.00?
Kena tunggu harga Singapore Gasoil terus turun ke paras $90 setong itupun jangan lupa sebelum perang tukaran Ringgit kepada US Dollar (USDMYR) sekitar 3.90 dan kini 4.12 maka harga Singapore Gasoil perlu lebih rendah sedikit berbanding $90.
Tenang-tenang dan jangan menggelupur.





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.