Ahmad Mursi
𝗦𝗔𝗛: 𝗣𝗔𝗦 𝗖𝗘𝗥𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 ‘𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛 𝗣𝗔𝗦-𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨’, 𝗡𝗔𝗞 𝗕𝗘𝗡𝗧𝗨𝗞 ‘𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛’ 𝗟𝗔𝗜𝗡
1. Begitulah cara PAS memanipulasi slogan Perpaduan Ummah, walhal yang sebenarnya PAS ialah parti “Penceraian Ummah”.
2. Hanya dalam 24 tahun Haji Hadi menjadi Presiden PAS, lima koalisi politik kahwin cerai PAS berlaku: BA-PR-GS-MN-PN.
3. Secara purata, semuanya bertahan sekitar 4.5 tahun sahaja. Sekali bercerai, mungkin orang lain bermasalah. Lima kali bercerai, itu tabiat (pattern)— dan mungkin kau yang bermasalah.
4. Puncanya sama: Haji Hadi lebih banyak ponteng meeting kerana tidak mampu berdebat dalam meeting untuk meyakinkan kemahuannya.
5. Akhirnya, dia lebih senang memveto keputusan mesyuarat koalisi dan meletakkan pimpinan lain yang mewakili PAS ke mesyuarat dalam keadaan serba salah.
6. Siapa tidak tahu hakikat dan sejarah ini, maksudnya dia masih setahun jagung dalam politik PAS.
7. Inilah versi “syura” Haji Hadi yang sebenarnya lebih tepat disebut sebagai diktator. Mungkin juga dia ingin dilayan sebagai Ayatollah.
8. Jika Haji Hadi ikhlas perihal Perpaduan Ummah, dia sepatutnya tidak berkempen lawan dan kafirkan UMNO sejak 45 tahun dulu, AMANAT di Banggol Pradong pun sepatutnya tak wujud.
9. Kerana baru-baru ini, dia sendiri akui UMNO sebenarnya sudah memperjuangkan Melayu-Islam sejak lama dulu.
10. Walaupun ucapannya itu lebih kepada gula-gula memancing kerjasama UMNO, tapi akhirnya dia mengaku juga.
11. Maksudnya, Ayatollah Hadi lah sebenarnya ejen pemecah belah Perpaduan Ummah sejak 45 tahun dulu.
12. Cuma status itu kabur kerana status agamawannya sahaja, dan sikap itu masih kekal di era Madani kini.
See less
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.