
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan beliau mempunyai pengetahuan mengenai pemindahan tanah kolam takungan banjir kepada pemaju di ibu negara ketika menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.
Tengku Adnan berkata, urusan tanah pada ketika itu tidak berada di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.
"Apabila saya menjadi menteri, urusan tanah sudah dikembalikan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM), di mana Ketua Setiausaha Negara (KSN) ialah pengerusi jawatankuasa yang berkenaan.
"Saya sendiri tidak berada dalam lembaga jawatankuasa tanah itu. Jabatan Tanah dan Galian berada di bawah KSN," katanya kepada New Straits Times.
Kenyataan Tengku Adnan itu dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh semalam berkata kapasiti kolam takungan banjir di Jinjang dan Batu menyusut kepada kira-kira 30 peratus selepas 17 lot tanah dipindahkan kepada pemaju.
Jumlah keluasan asal kolam takungan banjir adalah 114.5 hektar membabitkan 17 lot tanah, namun kini hanya tinggal 34.35 hektar badan air selepas pemberian milikan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.