Surat terbuka kepada Menteri Pelancongan.



Aman Muhamad







Oleh kerana  pesta air telah mengalami kecaman yang sangat teruk, dengan ini aku mencadangkan agar YB Menteri dan Kementerian Pelancongan meniru cara PAS dalam isu pesta air ini.


Ambil contoh negeri Kedah, di Langkawi baru-baru ni di sebuah resort ada satu festival berlangsung iaitu H20 Festival (H20 tu maksudnya AIR) pada bulan April yang lalu.


Walaupun Langkawi tu 90% adalah penduduk Muslim, namun asalkan event ini dibuat secara tertutup, maka PAS akan halalkan walaupun mereka bertelanjang, berbkini, tarian bogel, mabuk dan sebagainya.


Oleh itu, saya juga cadangkan agar YB Menteri dapat ambil teladan daripada cara pengurusan Menteri Besar Kedah dalam isu pesta air ini.


Dan satu lagi, sebenarnya dalam isu ini, kesilapan besar YB Menteri bukanlah kerana YB Menteri buat pesta air tu secara terbuka di Bukit Bintang.


Tapi kesilapan besar YB Menteri ialah, YB Menteri dan kawan-kawan GPS tidak sokong PN untuk jadi kerajaan selepas PRU15 yang lalu menyebabkan PN tidak chukop jumloh untuk jadi kerajaan.


Jika YB Menteri sokong PN untuk jadi kerajaan, sudah pasti akan  pssta air anjuran YB hari ini akan dipertahankan dengan pelbagai dalil-dalil agama sebagaimana mereka pertahankan 22 cabutan judi dan arak TIMAH.


Tapi apa boleh buat, benda dah jadi.


Apa pun, itulah harapan saya terhadap YB Menteri Pelancongan. Harap dapat belajar daripada PAS bagaimana nak menghalalkan pesta air seperti di Langkawi ini.


Sekian.


;)



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.