Norman Radzuan
Sopan santun anak Melayu
SEGALANYA INGIN DITUNGGANG PEMBANGKANG
DICIPTA NARATIF DAN DIEDARKAN UNTUK
Menimbulkan salah faham antara rakyat, kerajaan dan institusi diraja. Membina naratif seolah olah kerajaan tidak hormat istana. Mengapi apikan sentimen perkauman dan politik demi kepentingan sempit.
FAKTA SEBENAR
Kerajaan sentiasa menghormati, menjunjung kasih dan patuh titah institusi diraja. Perbincangan antara kerajaan dan istana sentiasa berjalan dengan baik, terbuka dan saling memahami.
Segala keputusan dibuat berdasarkan kepentingan
rakyat dan negara, bukan kepentingan individu atau parti. Institusi diraja dan kerajaan adalah tunjang kestabilan dan perpaduan negara.
APA ISU SEBENARNYA
Isu eksport pasir bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Bila permintaan luar negara meningkat, kerja-kerja pengambilan pasir biasanya akan jadi lebih besar dan agresif. Kalau tak dikawal dengan baik, kesannya boleh kena terus kepada alam sekitar dan kehidupan rakyat.
Antara yang paling jelas ialah hakisan pantai dan tebing sungai. Bila terlalu banyak pasir diambil, struktur semula jadi jadi lemah. Tebing mudah runtuh, pantai makin terhakis dan ada kawasan yang akhirnya terdedah kepada risiko lebih besar.
Kesan lain ialah kepada hidupan laut dan sungai. Kawasan pembiakan ikan, udang, kerang dan hidupan akuatik lain boleh rosak. Bila ekosistem terganggu, nelayan pun antara yang mula terasa kesannya.
Air juga boleh jadi lebih keruh akibat aktiviti korek pasir. Bila lumpur naik dan aliran sungai berubah, ia bukan saja ganggu hidupan air tetapi boleh beri kesan kepada kualiti air di kawasan sekitar.
Dalam masa sama, perubahan pada dasar sungai boleh meningkatkan risiko banjir. Ini sebab aliran air sudah tidak sama seperti keadaan asal.
Ramai fikir pasir ni sumber yang tak akan habis. Hakikatnya, pasir yang sesuai untuk pembinaan bukanlah sebanyak yang disangka. Kalau diambil terlalu cepat, alam semula jadi tak sempat nak gantikan semula.
Sebab itu Malaysia sebelum ini pernah ambil langkah ketat terhadap eksport pasir laut. Tujuannya bukan suka suka, tetapi untuk jaga kepentingan alam sekitar dan masa depan negara.
Jadi pembangkang, khususnya PAS, tak perlulah nak tunggang isu ini seolah olah mereka paling prihatin. Banyak kenyataan pimpinan mereka sendiri sebelum ini pun menyokong tindakan mengawal atau menghentikan eksport pasir. Jangan bila jadi pembangkang, semua benda nak dipolitikkan.
PMX HANYA MENERUSKAN DASAR KERAJAAN
Jangan jadikan isu, jangan cipta fitnah. Kita jaga negara bersama, bukan keruhkan suasana.
MALAYSIA MAJU, RAKYAT SEJAHTERA, NEGARA TERHORMAT.
See less
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.