saya hadir ke FOZ One Hq untuk bertemu dan berdialog secara langsung bersama rakan-rakan industri serta pengilang di Johor.

 

Saifuddin Nasution Ismail














Petang semalam saya hadir ke FOZ One Hq untuk bertemu dan berdialog secara langsung bersama rakan-rakan industri serta pengilang di Johor.

Saya ambil peluang ini untuk menjelaskan status semasa berkaitan pengambilan pekerja asing di negara kita. Dari segi dasar, saya tak nafikan yang Malaysia masih memerlukan tenaga kerja asing.
Realitinya, ramai rakyat tempatan hari ini lebih cenderung memilih pekerjaan yang lebih selesa. Jika sektor-sektor penting seperti perladangan dan perkhidmatan ini kekurangan tenaga kerja, ia pastinya akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan kelangsungan industri.
Namun dalam masa sama, kita juga tidak mahu negara terlalu bergantung kepada pekerja asing untuk tempoh jangka masa yang panjang.
Sebelum ini dibawah RMK-12, dasar kerajaan menetapkan bahawa jumlah pekerja asing tidak boleh melebihi siling 15 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja negara, iaitu sekitar 2.5 juta orang.
Namun bermula tahun ini di bawah RMK-13, kerajaan akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing secara berperingkat kepada 10 peratus menjelang tahun 2030.
Saya faham perkara ini mungkin menimbulkan kebimbangan kepada pihak industri. Di pihak kerajaan, saya beri jaminan yang proses peralihan ini akan dilakukan secara berperingkat dengan pendekatan “soft landing” supaya ekonomi dan operasi industri terus berjalan dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.