Papagomo diperintah bayar Guan Eng RM280,000


 


 Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan pempengaruh politik Wan Azri Wan Deris membayar ganti rugi RM280,000 kepada Lim Guan Eng dan anaknya selepas didapati memfitnah mereka menerusi satu hantaran Facebook pada 2020.

Hakim Roslan Mat Nor memutuskan bahawa hantaran dibuat Wan Azri pada 14 Mac 2020 mengandungi unsur fitnah apabila mendakwa anak Guan Eng, Clint Lim, ditahan ketika cuba menyeludup RM2 juta ke Singapura.

Hantaran sama turut mendakwa Guan Eng melarikan diri ke republik itu pada 29 Februari 2020 kononnya bagi menyelamatkan anaknya.

Mahkamah kemudian memerintahkan Wan Azri membayar RM200,000 kepada Guan Eng dan RM80,000 kepada Clint Lim sebagai ganti rugi.

Selain itu, mahkamah turut mengarahkan beliau membayar kos guaman RM30,000 kepada Guan Eng dan RM10,000 kepada anaknya.

Kes itu difailkan susulan dakwaan bahawa hantaran berkenaan telah menjejaskan reputasi serta imej Guan Eng dan keluarganya.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.