NAK POLITIK JUGA









 Apabila video ziarah Dr Zulkifli Al Bakri ke rumah Mursyidul Am tular, banyak pihak berpandangan tak sepatutnya video itu ditularkan, bahkan ada yang menyalahkan orang yang mula² menyebarkannya.

'Pahlawan' yang mula² menyebarkannya adalah YB Rushdan Rasmi, MP Padang Besar dan secara jelasnya itu adalah permintaan [baca arahan] Tuan Guru Dato' Mursyidul Am sendiri.
Sebagai Abnaul Harakah yang bertaraf MP, YB Rushdan telah membuktikan 'wala' beliau kepada Tuan Guru Mursyidul, sepatutnya ramai lagi Abnaul Harakah yang menyebarkan bahan² ilmu 'yang tersirat' ini dalam masyarakat umum.
Dakwaan seumpama mati dalam mesyuarat PAS lebih mulia dari mati di masjid, sembahyang di Markas PAS lebih Afdhal dan awla serta ilmu² 'tersirat' lainnya sepatutnya didedahkan oleh semua Abnaul Harakah, barulah Izzah PAS sebagai Haraktul Ummah dapat dimartabatkan.
Ramai Abnaul Harakah, apabila ada pihak yang mentularkan dakwaan ilmu² 'tersirat' cuba menafikannya, sedangkan hakikatnya mereka sedang menafikan kebenaran perjuangan PAS.
Jangan sesekali takut kepada manusia, setiap ilmu 'tersirat' perlu diperjuangkan !
Ayuh Abnaul Harakah !!!
Tegakkan panji² ilmu 'tersirat', terlalu banyak ilmu itu dalam Harakatul Ummah !!!!



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.