MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN MENYAMPAIKAN TAUSIAH DI PROGRAM QURANIC MADANI

 










Kuala Lumpur, 8 Mei 2026 – Program Quranic Madani telah berlangsung di Bukit Bintang dengan penglibatan masyarakat setempat serta pelbagai agensi berkaitan. Program tersebut dimulakan dengan solat Isyak berjemaah, diikuti bacaan Surah al-Mulk dan diteruskan dengan sesi tausiah sebagai pengisian rohani kepada para peserta yang hadir.
Dalam program tersebut, Sahibus Samahah Tuan Ahmad Fauwaz bin Fadzil telah menyampaikan tausiah yang menekankan bahawa sesebuah masyarakat mampu diubah melalui pembentukan akhlak yang betul serta penghayatan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Beliau turut mengingatkan bahawa pembangunan sesebuah negara bukan hanya bergantung kepada kemajuan material semata-mata, bahkan perlu diseimbangkan dengan pembinaan sahsiah dan nilai akhlak yang baik.
Program Quranic Madani ini mencerminkan komitmen kerajaan MADANI yang prihatin dalam memperkukuh pembangunan rohani dan kesejahteraan masyarakat. Penganjuran program seperti ini diharap dapat menyuburkan budaya mencintai al-Quran serta melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan bersatu padu.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.