Kerajaan MADANI Peruntuk RM5 Bilion Bantu Penjaja Kecil, Usahawan Mikro – PM Anwar

 



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MARA, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank, Agrobank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Putrajaya pada 14 Mei 2026. Foto PMO

PUTRAJAYA, 14 Mei – Lebih RM5 bilion diperuntukkan Kerajaan MADANI bagi tahun ini khusus membantu lebih 400,000 usahawan mikro termasuk peniaga kecil dan penjaja pasar malam di seluruh negara, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berkongsi kemaskini di media sosial hari ini, Perdana Menteri berkata, kemudahan itu melibatkan pembiayaan sehingga RM100,000 dengan kadar faedah bagi skim tertentu serendah tiga peratus setahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MARA, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank, Agrobank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Putrajaya pada 14 Mei 2026. Foto PMO

Menurut beliau, perkara itu dimaklumkan pada pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank, Agrobank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Saya tegaskan kemudahan pembiayaan ini tidak akan mencapai matlamat sepenuhnya sekiranya masih ramai peniaga dan penjaja kecil khususnya di pasar, pasar malam dan kawasan tumpuan rakyat tidak menerima manfaatnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MARA, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank, Agrobank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Putrajaya pada 14 Mei 2026. Foto PMO

“Ketika berkunjung ke negeri-negeri, saya mendengar sendiri keluhan peniaga kecil yang tidak mengetahui mengenai bantuan dan kemudahan pembiayaan yang disediakan,” katanya.

Anwar berkata, ada dalam kalangan peniaga kecil masih bergelut sendirian kerana tidak mengetahui saluran yang boleh membantu mereka mendapatkan modal dan sokongan yang amat diperlukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif MARA, TEKUN Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Bank Rakyat, SME Bank, Agrobank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) di Putrajaya pada 14 Mei 2026. Foto PMO

Untuk itu, Anwar mengarahkan semua agensi dan institusi pembiayaan mikro supaya memperhebat gerak kerja turun padang bagi mendekati lebih ramai golongan berkenaan, termasuk mempertingkat hebahan serta penyampaian maklumat perlu dilakukan secara lebih agresif dan menyeluruh agar tiada golongan tercicir daripada menerima manfaat disediakan kerajaan.

“Proses permohonan juga mesti dipermudah, syarat pembiayaan tidak membebankan dan kelulusan diberikan secara adil serta munasabah supaya kemudahan ini benar-benar sampai kepada golongan memerlukan,” ujarnya.

Beliau berharap, kemudahan tersebut mampu membantu lebih ramai peniaga kecil, wanita, belia, pekerja gig, lepasan TVET, kontraktor kecil, pesawah padi, golongan asnaf dan usahawan mikro untuk bangkit serta mengembangkan perniagaan masing-masing.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.