Alif Jamil
Saya faham kenapa ada penyokong PH sendiri merasakan lebih baik PH bergerak solo.
Memang benar, selepas PRU-15 dan beberapa PRN, kita dapat lihat sebahagian pengundi UMNO lebih cenderung mengundi PN berbanding calon PH.
Itu realiti yg tidak boleh dinafikan.
Tetapi politik pilihan raya ni tak boleh hanya dibaca berdasarkan sentimen semasa atau beberapa kerusi tertentu saja kerana Malaysia menggunakan sistem First Past The Post dimana pecahan undi akan menjadi penentu kemenangan.
Dalam banyak² kerusi PRU15, jumlah undi anti-PN melebihi undi PN.
Tapi kerana apabila undi itu berpecah, PN menang hasil dari perpecahan undi tersebut walaupun dgn peratus yg lebih rendah.
Sebab itu isu utamanya harini adalah untuk menghalang Perikatan Nasional dari mengambil alih Putrajaya dan pastikan Anwar Ibrahim kekal terajui pimpinan kerajaan.
PH masih kuat dibandar dan kawasan campuran dan BN pula masih mempunyai struktur akar umbi Melayu luar bandar yg PH sendiri sukar tembusi secara bersendirian.
Namun saya juga setuju bahawa antara cabaran terbesar kerjasama PH-BN ialah sentimen sebahagian pengundi BN yang masih melihat DAP sebagai liabiliti politik.
Ini memang tak boleh disapu bawah karpet.
Sebab itu PH khususnya DAP perlu lebih bijak memainkan peranan sebagai rakan strategik kerajaan.
DAP tak boleh terlalu lantang dan menyerlah dalam apa² isu yg terkait dgn sensiviti melayu islam.
Politik persepsi ni sangat penting dalam masyarakat Melayu luar bandar.
Semakin agresif dan defensif sesuatu naratif dimainkan, semakin mudah PN memanipulasi.
Cara untuk menarik pengundi BN ni bukan dgn memaksa mereka menerima DAP tapi dgn mengembalikan keyakinan dgn tindakan bahawa Kerajaan Perpaduan harini tegas dalam soal kedudukan Islam, Melayu, Raja² Melayu dan kestabilan negara.
Sebab itu pemimpin PH dan DAP perlu konsisten dgn pendekatan yg sederhana, hormat sensitiviti masyarakat Melayu dan memberi lebih ruang kepada wajah² moderat seperti Amanah, PKR dan pimpinan UMNO sendiri untuk menjadi jambatan politik kpd kelompok pengundi ini.
Realitinya PH dan BN memang tidak akan serasi selama² nya.
Tapi yg lebih utama adalah cara menguruskan perbezaan kerana kerjasama ini melibatkan soal kestabilan negara.
Negara ini akan hebat hanya apabila pemerintahannya kukuh dan stabil.
Dan itulah matlamat utama bagi setiap rakyat yg sayangkan negaranya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.