JAWI Bakal ‘Tawan’ Bukit Bintang Jumaat Ini, PM Anwar Dijangka Hadir

 


Paparan poster Program Quranic MADANI: Night Reset – Bersatu Dalam Saf yang akan berlangsung di Bukit Bintang pada 9 Mei 2026.

KUALA LUMPUR, 6 Mei – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengajak orang ramai untuk mengimarahkan Program Quranic MADANI: Night Reset – Bersatu Dalam Saf yang akan berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Jumaat ini.

Menerusi hantaran di media sosial JAWI memaklumkan, program berkenaan dijangka dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa jemputan dan program akan bermula dari jam 8 malam hingga 11 malam.

Antara pengisian program termasuk solat isyak berjemaah, solat sunat hajat, tazkirah ringkas serta bacaan surah al-Mulk.

“Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Jangan lupa bawa sejadah dan hati yang tenang,” menurut hantaran JAWI hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.