Dunia menuju krisis baharu, rakyat perlu jadi lebih ‘resilient’ sebelum terlambat


 


OLEH MAHANOM MOHAMMAD

Tanyalah mana mana otai industri yang pernah lalui krisis ekonomi tahun 1997, tahun 2008 dan krisis virus sewaktu covid 19, bagaimana mereka survive hadapi kehidupan ketika itu.

Hari ini, dunia sedang berdepan satu lagi cabaran besar.

Kali ini bukan kerana krisis Ekonomi Asia 1997, bukan kerana harga minyak melonjak naik seperti tahun 2008, bukan juga kerana virus pada tahun 2020.

Tetapi kerana gangguan bekalan global. Minyak, logistik, bahan mentah, makanan dan petrokimia semuanya saling berkait.

    Bila satu terganggu, kesannya boleh merebak kepada industri, pekerjaan dan kos kehidupan rakyat biasa.

    Sebagai pemain industri pembinaan, saya melihat perkara ini bukan sekadar isu ekonomi dunia. Ia adalah amaran bahawa masa depan akan lebih mencabar untuk mereka yang tidak bersedia.

      Kita sebenarnya sedang masuk ke era yang memerlukan rakyat dan industri menjadi lebih resilient.

      Resilient adalah kemampuan untuk bertahan, menyesuaikan diri dan terus bergerak walaupun dunia sedang bergoncang.

      Dalam keadaan macam ini, saya percaya kita perlu kuat dari sudut kerohanian. Jangan jauh dari Allah bila dunia mula jadi tidak menentu.

      Perbanyakkan doa, solat, sedekah dan syukur. Kita perlu kuat dan tenang dalam menghadapi ujian ekonomi yang bakal datang.

      Kita juga perlu kuat dari sudut emosi. Jangan biarkan ketakutan mengawal hidup kita.

        Kurangkan panik. Berhenti sebarkan ketakutan tanpa sumber yang sahih dan belajar bertenang sebelum membuat keputusan.

        Dalam krisis, emosi yang stabil adalah kekuatan.

        Dari sudut mental pula, kita perlu belajar berfikir lebih jauh ke depan.

          Belajar berjimat, urus kewangan dengan bijak, tambah ilmu dan tingkatkan kemahiran baru.

          Dunia sedang berubah dan mentaliti lama mungkin tidak lagi cukup untuk bertahan.

          Bagaimana nak tambah resilient pada diri?

            Kurangkan gaya hidup yang terlalu bergantung kepada hutang dan kemewahan. Simpan keperluan asas secara sederhana, bukan panik membeli.

            Belajar kemahiran baru dan bina pendapatan tambahan supaya kita tidak terlalu bergantung kepada satu sumber sahaja.

            Selain itu, belajar guna teknologi dan AI untuk bekerja lebih cepat dan lebih efisien. Kurangkan pembaziran makanan, elektrik dan minyak.

              Jaga kesihatan fizikal kerana badan yang lemah sukar bertahan dalam tekanan yang panjang.

              Paling penting, bina hubungan yang baik dengan keluarga, jiran dan komuniti.

                Masa susah nanti, kita tidak boleh bertahan seorang diri. Kita bertahan kerana ada rakan rakan yang saling membantu.

                Setiap kali berlaku krisis, kita akan lihat yang bertahan bukan semata-mata yang paling kaya dan sudah stabil. Tetapi yang paling cepat menyesuaikan diri dengan perubahan.

                Kita mungkin tidak mampu mengawal krisis dunia. Tetapi kita masih mampu mengawal cara kita bersedia menghadapinya.

                  Ingat, jangan panik. Jangan mudah sebarkan berita tidak sahih.

                  Jangan tunggu sampai keadaan mendesak baru mahu berubah. Jadilah manusia yang paling resilient bila dunia mula berubah arah.






                  No comments:

                  Post a Comment

                  Note: Only a member of this blog may post a comment.