UMNO kekal dalam kerajaan tapi desak MB undur, apa sebenarnya permainan ini?


 


Oleh NORMAN DAUD

Macam yang dijangka, Umno takkan berpatah balik, mahu pun mengalah. Itu memang bukan style dia orang, mereka akan buat sampai matlamat mereka tercapai.

Malam tadi, selepas mesyuarat Biro Politik Pusat Umno, mereka membuat keputusan untuk kekal dalam kerajaan Negeri Sembilan tetapi 14 Adun tetap tidak menyokong Menteri Besar.

Maksudnya, Menteri Besar mesti letak jawatan.

Pilihannya, terpulanglah nak lantik sesiapa menjadi MB baru sama ada dari PH atau UMNO.

Isu ini dimulakan oleh UMNO yang terlau cepat melenting sedangkan krisis istana ini hanya boleh diselesaikan oleh pihak istana sendiri.

MB Aminudin juga tidak melakukan apa apa kesalahan. Beliau hanya memaklumkan titah baginda Negeri Sembilan yang bersandarkan kepada keputusan Dewan keadilan yang telah memecat seorang Undang.

Bukan MB yang pecat Undang itu dan memang tanggungjawab beliaulah untuk mengeluarkan kenyataan bagi pihak kerajaan negeri yang dipayung oleh YMTB Negeri dan mempertahankan YMTB.

Jadi, adakah PH akan mengalah dalam isu ini dengan membiarkan MB N9 letak jawatan ?

DS Aminuddin Harun adalah Naib presiden Parti Keadilan Rakyat. Membiarkan beliau meletak jawatan kerana desakan UMNO adalah satu penghinaan kepada parti.

Adakah kita hendak membiarkan maruah parti kita dihinjak hinjak sedemikian rupa?

Kepada DS Anwar Ibrahim , Saya mendesak parti untuk mempertahankan MB DS Aminudin dan maruah parti.

Jika hendak berlaku adil, DS Aminudin boleh lepaskan jawatan MB itu dengan syarat seorang MB UMNO yang memegang jawatan Naib presiden UMNO juga perlu meletakkan jawatan menteri besar.




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.